Monday, December 26, 2011

chentahati

Bismillah...
detik waktu itu hampir tiba! sy akan bertemu chentahati sy!
wajah yg dirndui dan yg merindui..( chewah perasan)
zao liza!! ini aku dtg!!


Monday, November 21, 2011

Dia ingin kamu lebih KUAT!

Di pertengahan jalan mujahadah seorang serikandi..
di saat lelah menghimpit dada..
di saat dosa-dosa lalu mengganggu ketenangan jiwa..
di saat hati terasa leka..
di saat terjatuh lantas terluka..
di saat luka lama yg disangka kering.. tiba2 bernanah kembali..

hati terasa sgt lemah
iman mula goyah
kenapa aku? kenapa bukan dia? kenapa bukan mereka?
duhai diri..
usah berduka.. usah merungut..
sepatutnya kau harus bersyukur
kerana DIA memilih engkau! bukan dia, bukan mereka..
kerana apa?
kerana DIA masih sayangkanmu! 
masih ingin kau dekat dgnNYa
Allah... dariMu dtg segala kekuatan..
kepadaMu kembalinya sekalian alam

Allah.. kuatkan hati insan2 yg Kau uji..
tnjukkan kami jalan yg lurus menuju syurgaMu.....

.. dan serikandi itu bangun, mengusap luka.. dan meneruskan perjalanannya....

# Dia tahu apa yg terbaik utkku... Allah.. Allah..

Wednesday, November 2, 2011

SabarSabar

Sesungguhnya, apabila Allah S.W.T itu mengasihi seseorang hamba DIA akan
mengujinya. Dan apabila DIA mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10)


sabar sabar sabar
mudah dikata, namun x mudah utk dilaksana..
akan benar2 teruji dgn apa yg dikatakan
Allah.. andai ini.. kifarah dosaku
andai ini pengangkat darjatku
andai ini menambah imanku
andai ini mendekatkan aku padaMu


aku redha
aku terima
cuma aku pohon kekuatan, yg takkan dtg melainkan dariMu, 
utk aku harung hari2 mendatang..
bersama satu ketabahan..


Allah..
aku lemah tanpaMu

Friday, October 14, 2011

karat oh karat

pheww! usai membuang karat di basikal ( tpi x berhasil buang semuanya)
Subhanallah.. Allah mahu ajar sesuatu di situ
spjg bersihkan karat.. duk fikir2..
adakah hati aku juga macam ni?? ataukah lebih teruk?
Astaghfirullah..
sewaktu karat tu byk, x kusedar akan buruknya
namun, makin kugilap.. semakin ku nampak jernihnya..
barulah tersentak!
buruk rupanya,,
mcm itu jugalah hati kita
sewaktu terlalu byk jahiliyyah yg menutupinya dari sinar kebenaran..
kita x terasa buruknya.. x terasa kotornya
di saat kita membersihkan.. nah! 
terserlah semuanya! (T.T)
Subhanallah walhamdulillah Allahuakbar
tarbiyyah mu di mana2

dan "karat" yg masih bersisa itu..
perlukan mujahadah utk dibuang..
kerana ia bukan lagi seperti membuang karat di saat pertama..
ia sgt degil.. lntran itu
sangat susah utk ditanggalkan
butuh usaha dan ketabahan

ayuh!
introspeksi (muhasabah) diri
buang karat2 yg menutupi kejernihan hati

#mengumpul kekuatan, mengatur strategi.. 
## demi membuang karat.. baik d basikal, mahupun di hati 

ayuh!


Sujud Merdeka



Sujud itu...
sujud yang memuliakan, yang meninggikan
sujud itu menundukkan dahi, tetapi
memuliakan muslim yg bertakbir kepada Allah dan bertasbih padaNya
si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yg memusnahkan segala belenggu
Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yg sujud
seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi
Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
meruntuhkan syirik, was-was dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan
kerana hati ada perjalanan yg menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya
lalu mantap dan kuat
terhapuslah setiap penzalim yg sombong
barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagunganNya, rahmat dan keindahannya

Sujud merdeka... sujud yg semata-mata keranaNya
tiada belenggu nafsu, belenggu dunia
Ya Allah.. merdekakan aku dalam setiap sujudku
dalam setiap langkahku
dalam setiap hembusan nafasku
biar semuaNya hanya keranaMu

jom muhasabah
tingkatkan kualiti ibadah
agar rasa taat sbg ubudullah
kian bertambah
bukannya terus goyah
dek kebiasaan
jom!
kita janji nak masuk SYURGA sama2 kan?
jgn tinggal daku
jgn biar daku tinggalkanmu
ayuh... berpimpinan ke syurga Allah
syurga Firdausi...
amin...




(^_^)// yosh! report2.. ingin cepat2 bebas dari belenggu dunia yg makin menghimpit jiwa

Wednesday, October 12, 2011

tawakkal aku padaMU

sesukar di saat pertama membuat pilihan, sesukar itu jugalah untuk melaksanakan..
malahan mungkin lebih sukar.. kekadang membutuhkan pengorbanan yang besar.. ya sangat besar..
pabila hidup lancar tanpa diusik bala dan ujian.. hati rasa seolah-olah senang.. dan kesusahan lama dilupakan..
namun.. di saat Engkau mula mengingatkan.. di saat amaranMu datang..
hati di landa seribu kebimbangan.. sejuta kegelisahan..
di saat itu..
sabar dan syukurku teruji..
keluhan demi keluhan
tangisan demi tangisan kedengaran
beribu sesalan bertandang
nikmat2 yg selama ini kau anugerahi.. adakah kugunakan sepenuhnya ke jalanMu?
Allah..
ampunkan kefuturanku..
ampunkan kedhaifanku selaku hambaMu
ampunkan daku atas hak2Mu yang belum tertunai

Ya Allah...
jauhkanlah daku dari kesedihan masa lalu, dan ketakutan terhadap masa akan datang
kerana semuanya itu sudah Kau tulis

di saat ini juga..
hambaMu ini membuat satu keputusan..
inshaAllah tekadku cukup bulat..
berbekalkan doa dan harapan kepadaMu
aku mohon yang terbaik dariMu
aku tidak memikirkan natijahnya..
andai apa yang ku pilih ini Kau redha... Kau kurniakan aku sebaik2 perkara dariMu


usaha selagi mampu.selagi nafas belum terhenti. inginkan yg terbaik, perlukan usaha yg terbaik juga.
kurniakan aku kekuataan agar aku terus utuh mendukung agamaMu..

Bismillahitawakkaltu`alallah...



..." Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal."

[3:159]

~ meneruskan kembara sufi, moga dosa2 yang menodai hati.. moga tidak menyulitkan perjalanan pengembara kecil ini... berbekalkan iman yg masih rapuh.. ku mohon kekuatan Mu...
 
^__~

Monday, October 3, 2011

cerita hari ini

suasana tegang.
aku diam, kau membisu.
bila ku berbicara, ada yang menyakitkan.
maafkan aku duhai insan.
tapi, tidak guna memendam.
kelak akan menghancurkan
biar ku berterus terang
supaya selamat dan aman
di masa mendatang..

Friday, September 30, 2011

makna bacaan dalam solat

dah lame nk post pasal benda ni... Alhamdulillah hari ni Allah izinkan..
kadang2, apabila kita solat, pernah x kite fikirkan apa yg kite baca, ape sebenarnya yg kite minta pada Allah sepanjang solat kite?
dari takbiratul ihram... sehinggalah usai salam...
kt sini sy nk highlight ttg doa qunut.. Subhanallah.. sgt mendalam maknanya! moga hati kita bertambah khusyuk dalam solat setelah mengetahui maknanya..
inshAllah

~sekadar berkongsi, peringatan utk diri ini juge ^__^

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


: : juga ada petua dari seorang ustaz.. andai sewaktu solat kite x dpt nk tumpukan perhatian.. berhenti sejenak dr bacaan... baca a'udzubillahiminassyaitanirrajim... (dalam hati) .. dan teruskan semula membaca.. 
pesan ustaz lg, cubaan hanya 3 kali.. maka, jika ketiga2nya tidak membuahkan hasil... there's something wrong somewhere... ada yg x kena pada hati kita, pada iman kita.. na'udzubillah...

ayuh! tambahkan khusyuk dalam solat :)

Wednesday, September 28, 2011

to....

to appreciate what you have, before you loose it
to be patient when He took away things you really love
to forgive others who break your heart, tear your happiness
to thank people who always makes your life easier, perhaps better..
to think everything that happens has its own reason, plus lesson
to return what you borrow from Him..
to be responsible for what you promised others
to be tolerate with people around you..
to come back to Him.. when you have no other places to go, no choice to be taken, no way to run away...

dear you..
sighing won't solve the problem.. so do the tears..
keep moving on with what you get, with what you have..
have faith in Him..
trust Him, and yourself too
He has the solution... the BEST solution
yes, He always have it
so..
what are you waiting for?
go to Him
seek His forgiveness
His love, 
may He bless you with His Jannah....

~ too good to be true.. am feeling quite awful.. but i know this is the best from Him..
~ Allah... Allah.. Allah...

Tuesday, September 27, 2011

moment to remember, to think

Ohayougozaimasu!
terjaga dek teringat hari ini perlu buang sampah..
dan mengejar pakcik lori sampah sudah cukup membuatkan mata terus segar..
lantas bgn dr pembaringan.
oh! waktu cuti yg membosankan!
merindui kesibukan ke sekolah, berkejar sana-sini, report x cukup tangan...
walaupun itu memenatkan, namun itu NIKMAT!
Ya Allah, x sanggup hidup dalam kelapangan tanpa arah tuju..
biarkan aku dalam kesibukan mengejar cintaMu...

namun, Alhamdulillah syukur,..
setiap detik yg berlalu penuh tarbiyyah dan tazkirah dariMu..
betapa lalai dan alpanya hambaMu ini..
hanya dikau yg tahu..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
aku malu Ya Rahman..
kerana syukurku padaMu amat sedikit!
setakat manakah aku bersyukur padaMu???


"Sesungguhnya orang yang hanya bersyukur dengan lisannya itu seperti seseorang yang memiliki pakaian tetapi ia hanya memegang hujungnya, tidak memakainya. Maka ia pun tidak terlindungi dari panas, dingin, salju, dan hujan.. "
Nauzubillah! Peringatan utk diri yg sibuk menaip ini juga,,, agar syukur bukan hanya di lidah... tapi terus meresap ke hati dan diikuti perbuatan~

dosa2ku lebih byk!..
Ya Allah.. kurniakan aku maghfirahMU...
Ya Allah, tolonglah aku agar selalu ingat kepadaMu. mensyukuriMu, dan beribadah dengan baik kepadaMu...

bertatihlah andai tidak mampu berlari,
andai jatuh, bangun semula
sembuhkan luka, dan tetaplah bertatih..
bertatih, dan terus bertatih..
sehingga kau mampu berlari...
dan teruskan berlari hingga ke akhirnya..
ya, kau mampu...
aku, kau, dan mereka yakin...
kau mampu..

insyaAllah
~ tidaklah engkau menghendaki melainkan jika Allah menghendakinya.....

Monday, September 26, 2011

harapan hamba kecilMu

Kau berharap selamat

tanpa tempuh jalannya

Adakah sampan terkayuh

berjalan di atas daratan?

Ya Allah.. jauhilah hambaMu dari keteperdayaan ini..
dosaku menggunung ke langit Ya Allah..
namun Kau x pernah jemu menantiku di jendela taubatMu
dosaku makin hari makin bertambah Ya Allah
namun nikmatMu padaku juga xpernah berkurang..
Ya Allah..
jauhkan aku dari istidraj!
Ya Allah..
hanya padaMu aku berharap
hanya padaMu aku meminta
kurniakan aku rahmatMu
kurniakan aku belasMu
Allah..
Allah..
Allah...


sepi oh sepi

dah lame rasenye x menulis...
^_^ kembali menulis, ttp agak kekok..
hari ini rindu semua org..
*family, kawan2, sume lah??
tibe2 terfikir : adakah aku seorang sahabat yg baik??
sahabat yg baik itu.. shbt yg sentiasa ingtkan shbtnye ttg kebenaran, bukannya yg sentiasa membenarkan shbtnye dalam apa jua keadaan...
*muhasabah sekejap.... adakah aku seorang shbt yg baik??
shbt yg sentiasa ingtkan shbtnya kpd Allah.. mengajaknya makin dekat pada Allah.. bukan menjauhkannya dr Allah...

Allah... jadikan aku sahabt yg baik... 

Wednesday, July 6, 2011

Redha Allah vs redha manusia

Bismillah
berehat di ptg hari..
^^ sebenarnye xde mood nak belajar

ada sahaja yg menganggu fikiran.. sedang berusaha mengumpul kekuatan.. ye saya harus kuat..
kerana itu keputusan yg saya ambil, yg saya yakin insyaAllah yg terbaik!

Allah..
hanya Kau yg Maha Tahu apa yg sedang hambaMu lalui..
kuatkan hati ini...
agar hanya redhaMu yg kucari..
Allah..
aku perlu juga sokongan dari org2 yg aku sygi..
Kau lembutkanlah hati mereka...

Ya Allah..
Yang Maha melapangkan, dan Maha menyempitkan..
lapangkanlah dada2 kami..
terangilah hati kami dgn cahayaMu

*istighfar*

duhai diri..
mengeluh bukan jalan penyelesaian..
termenung juga hanya membuka ruang utk syaitan..
kuatkan pergantunganmu padaNya..
Allah.. Allah.. Allah..

yosh!
sambung perjuangan!
sy harus beri yg terbaik!






coretan hati kerdil (^^)/

Saturday, July 2, 2011

langit malam

Hidup x selalunya indah
langit x selalu cerah
suram malam x berbintang
itulah lukisan alam
begitulah aturan Tuhan

Bismillah
sedang bersesak dalam densha(train) yg x brape nk sesak, cuba memerhati bintang di langit, namun x kelihatan..
yg nampak dr tingkap hanyalah pantulan susuk2 insan yg menyumbang kepada kesesakan dalam train..
oh!

dalam perjalanan pulang berjumpa kesayangan2 yg dah lama x bersua..
Alhamdulillah, diberi peluang utk sujud di rumahNya di bumi sakura ini...
pertemuan yg sekejap, namun cukup bermakna;)
merekalah bintang2 hati sy tanpa sy sedari...

Ya Allah,
eratkan hati2 kami
moga kami sentiasa tsabat di jalanMu...

oh!
(*^◯^*) sudah mula menguap..
mata, kau harus bertahan.

mode: start over
tidak pernah terlewat utk memperbaiki semula..

Friday, June 17, 2011

bukan Mujahadah

Duhai diri,
bukan mujahadah namanya jika engkau hanya mahu duduk bergoyang kaki,
bukan mujahadah namanya jika engkau hanya menuding jari ke sana sini,
bukan mujahadah namanya tanpa ada penat lelah..
bukan munjahadah namanya tanpa ada susah payah...

Duhai hati..
mujahadah bererti kau tidak boleh bertindak sesuka hati,
mujahadah bererti kau tidak boleh biarkan nafsu menguasai diri,
mujahadah itu, bererti perjuanganmu menegakkan yg HAKIKI...

bukankah Allah, penciptamu telah berfirman..

"Alif Lam Mim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak akan diuji ? "
[29:1~2]
muhasabah lah..
ingat kembali akan jalan yg kau pilih ini...
Jalan ini adalah laluan yg x sanggup dilalui oleh mereka yg takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya,
jalan ini takkan sanggup dilalui oleh mereka yg pentingkan istirehat dan tuntutan hawa nafsu,
juga mereka yg kesempitan dadanya dan tidak mempunyai kekuatan,
yg x sabar menerima cemuhan, apatah lg berkorban harta..
xkn sanggup juga dilalui oleh mereka yg berkeras dgn pendapatnya sendiri sedangkan mereka sama sekali tidak mengerti...

harus kau INGAT..
kerana jalan ini adalah
JALAN PEMBERSIHAN DAN MENGAJAR MENGEKANG DIRI,
JALAN RAHMAT DAN JALAN KEMULIAAN,
JALAN YG MENAGIH KESABARAN DAN KETAHANAN,
JALAN KEBEBASAN DAN KETINGGIAN,
JALAN KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN..

jalan ini, nampak tenang, ttpi sebenarnya penuh onak dan rintangan..



* muhasabah mode *
| Istighfar3.. betulkan niat.. luruskan hati.. supaya langkahmu tak tersadung nnti... |

~tiada yg lebih indah drpd meneruskan sisa2 hidup ini hanya utkNya....

Wednesday, June 1, 2011

Jun yg datang

Bismillah! dgn namaNya yg Maha Pengasih, Maha Penyayang...
Alhamdulillah.. Segala puji hanya milikNya..
rasa dah berhabuk dah blog ni... niat utk menulis itu ada, namun hanya Dia yg tahu betapa pantasnya masa berlalu, ,meninggalkan diri ini terpinga2..
Alhamdulillah, Kau kurniakan sedikit waktu dan tenaga serta ilham utk terus menekan butang2 di keyboard ini..

hari ini tanggal 1 Jun.. ( sekolahku cuti, yayy!!).. eh bukan itu yg nk diceritakan sebenarnya.. hanya ingin mengimbau sedikit memori Mei yg masih bersisa, supaya x terus hilang ditelan arus masa.. kerana memori semalam itu menjadi bekal utk aku terus mengukir memori esok...

Mei yg berlalu, moga perginya juga membawa dosa2ku yg kukira menggunung tinggi.. moga perginya membawa rasa malasku utk terus berjuang di jalan ini.. moga perginya juga turut menghilangkan virus2 ukhwah yg masih melekat di sana sini, muncul pada waktu yg tidak diingini..

Jun yg mendatang.. dtgnya bersama azam baru utk menjadi lebih baik dari semalam, dtgnya dgn satu himmah (semangat) yg xkn pernah goyah dek rayuan syaitan.. kedatangan Jun kali ini juga menandakan kedatangan Rejab yg bakal tiba, seterusnya Syaaban, dan Ramadhan (Yay! pastu raye!).. haa.. jom kita tingkatkn amal kita... mari berpuasa sunat sebanyak, semampu yg mungkin..

Jun yg dtg.. ku kira menjadikanku makin matang dalam pergaulan, byk bersabar dan berlapang dada drpd berdebat dan bertelingkah.. namun diam ku ada isinya, ada hikmahnya..
byk mendengar pandangan org, bukan hanya menegakkan pendirian sendiri sahaja..
oh! sungguh matang ku rasa..
* tp sebenarnya perlu lebih byk belajar, kerana masih byk yg kurang..

Jun yg dtg.. mengingtkan ku ttg jalan yg ku pilih.. yg sememangnya menuntut tadhiyah (pengorbanan)... tidak lg bisa bermalas2an.. apatah lg melahirkan sebuah keluhan kerana keletihan..

* moga Jun ini bakal memberi bekal yg cukup utk Julai dan seterusnya.. ganbarimasyou!
* minna-sama mo ganbarimasyoune!!



andai tersungkur, ayuh terus bangkit, berdiri, dan teruskan berlari, kerana di depan kita ada syurga menanti..

Thursday, May 12, 2011

May yg hampir berlalu

BISMILLAH..
* first entry of May *
hampir tiada idea nk tulis ape, but baru2 ni ade idea, blog plak buat hal, chewah bg alasan :p

May yg hampir berlalu..
cepat kan masa berlalu?
rasenye last tulis entry... bulan 4 kot..
oh! how time flies (=.=")

fikir2 dengan berlalunya masa.. diri kita ni masih yg samakah?
atau sudah berubahkah?
Jika berubah, ke arah manakah? jika makin baik, Alhamdulillah..
jika tidak, Astaghfirullah.. namun masih punya masa utk perbaiki..
masa itu kan makhluk Allah juga (^.^)
because it's better late than never..

sebut pasal masa..
teringt ttg diri ini yg x makin pandai nk menghargai masa (T.T)

being a 3rd year students, give me more time at home, but it's actually testing me on how much I appreciate those time..  starts school everyday on 1030 ( except for Tuesday at 1300), makes me lazy enough to wake up in the morning. oh! how bad i am!

* ok enough practise ckp omputih hari ini..

 "Dua nikmat yg paling dilupakan adalah nikmat SIHAT dan MASA LAPANG"
perlu belajar menggunakan masa semuntij yg mungkin!

.."Dan tahukah kamu, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat?" [42:17]
Semoga dgn  berlalunya masa.. berlalu lah juga amalan kita ke arah yg lebih baik,
semoga dgn berlalunya masa, kita semakin dekat kepadaNya..
semoga dgn berlalunya masa, kita xkan pernah menyesali perbuatan lalu kita...

mode : hujan renyai2 seakan mendodoi ku :) namun ku punya perjuangan seiring dgn waktu.. ayuh! jgn  biar diri terlena.. teruskan berjaga mencapai cita!


coretan hati kerdil (^^)/

Saturday, April 16, 2011

Ya Allah.. aku malu T.T

Ya Allah..
sungguh aku malu kerana lalai dalam menunaikan tanggungjawab yg Kau amanahkan padaku..
sungguh aku malu kerana ku kira ku telah berbuat sesuatu, namun tiada perubahan yg berlaku..
sungguh aku malu..

Ya Allah..
ku mohon kesempatan waktu.. agar sempat ku perbaiki yg terjadi..
ku mohon Kau teguhkan imanku.. agar tetap kuat menghadapi sebarang kemungkinan yg terjadi



- coretan hati kerdil -

Thursday, April 14, 2011

dunia yg menyibukkanku!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. Allah masih bg peluang utk tgn ini terus menaip sesuatu..
di celah2 kesibukan dunia ini..
ah! dunia ini betul2 melekakanku! 
Ya Allah.. letakkanlah dunia ini hanya ditapak tanganku, bukannya di hatiku..
kebelakangan ini seolah2 kehilangan sesuatu... TUMMUHAT! 
ye... ke manakah agakanya ia menghilang?
puas ku cari.. masih ade yg terkurang
tp ku takkan berputus asa
keranaku masih ada Dia..
akan terus ku minta.. minta.. dan minta..

oh^^ sedikit info ttg dunia..
gempa bumi susulan yg melanda sejak 2-3 hari ini
biarpun skala kecil (2-->3), tp sudah cukup menggusarkan..

"Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat, dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal."
[31:34]

moga matiku bukan dalam murkaNya..
moga matiku dalam keadaan mengingatiNya...


coretan hati kerdil (^^)/

Friday, April 1, 2011

terima kasih Ya Allah

dinginnya pagi di bumi sakuraMu... kugagahkn juga diri utk bgn sujud menyembahMu.. Alhamdulillah.. di awal pg mendapat tarbiyyah drMu.. terima kasih Ya Allah.. atas peluang utk ku baiki kesilapan diri.. jika bukan kerana rahmatMu.. ku mungkin terus sesat di puncak keegoan.. betapa tarbiyyahMu mengajarku erti bersyukur, sabar serta berlapang dada.. terima kasih Ya Rahman... akan ku lalui setiap detik2 indah yg Kau anugerahkn ini... xkn ku pndg remeh pada tiap yg terjadi.. ketana kutahu itu yg terbaik yg tertulis utkku...

wahai diri
sucikan hatimu..
tinggikan himmahmu..
perbaiki pergaulanmu..
letakkan Allah dalam setiap getak gerimu...
Allah.. tetapkn hati ini pada JalanMu
jauhkan hamba ini dr murkaMu..
moga jannatul firdausi kelak tempatku..


coretan hati kerdil (^^)/

Thursday, March 31, 2011

sungguh! aku malu...

Alhamdulillah3..
masih mampu bernafas dalam ruang udaraMu.. tanpa perasaan takut mahupun ragu.. kerana ku yakin semua yg berlaku adalah dengan IradatMu.. masih mampu makan makanan yg enak2 dari rezekiMu yg halal.. kerana ku yakin dengan apa yg tertulis utkku.. masih sihat tubuh badan, berjalan ke sana ke mari tanpa halangan.. Alhamdulillah Ya Rahim.. atas nikmat kurniaanMu buat diri ini..

kadang2 ku malu..
melihat org yg serba kekurangan.. namun syukurnya melebihi org yg serba kemewahan
melihat org yg penuh kelebihan.. namun tawadhu' dan zuhudnya melebihi org yg penuh kesusahan
aku malu!
kerana dengan sedikit kesusahan.. aku sudah mula mengeluarkan keluhan..
dengan sedikit kelebihan.. bibit2 riak mula kelihatan..
dengan sedikit mehnah dan ujian, aku sudah mula bosan..
dengan sedikit kesenangan, aku sudah mula melupakan..
aku malu Ya Allah!
betapa aku tidak mensyukuri nikmatMu

Allah... di manakah hambaMu ini sekarang...?







coretan hati kerdil (^^)/

Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah

bangun di pagi hari dgn seribu debaran..
mampukah aku berlapang dada dgn apa yg bakal dilihat sekejap lagi..
laman web dai terus dibuka, lantas --> klik! terpampang la kenyataan yg dah sekian lama ditulis..

Alhamdulillah wa Astaghfirullah...
jauhkan hamba ini dari istidraj!
syukur Ya Allah.. syukur Ya Rahman.. syukur Ya Rahim..
kerana ku tahu ini yg terbaik utkku dariMu..

moga yg baik dapat ku jadikan tauladan, yg buruk dapat kujadikan sempadan..
insyaAllah


coretan hati kerdil (^^)/

Sunday, March 27, 2011

SELFISH?

Assalamualaikum... and ohayou~
bgn meneruskan sisa2 cuti sebelum kembali sibuk menatap buku2 ilmiah. Alhamdulillah, masih hidup dalam keadaan mengingatiNya..
tadi duk kemas rumah.. lipat2 baju, sapu habuk2 sikit. tibe2 terfikir ttg satu perkataan.. SELFISH.. argh! adekah ini saki-baki amarah semalam? Allah.. jadikan hambaMu ini seorang yg sabar dan berlapang dada..
namun, sesekali terfikir.. sepanjang kita hidup di dunia ini.. mengejar kemewahan, kejayaan, kesenangan dn sbgnya.. pernahkah kita fikir situasi org lain..? lebih2 lagi org2 yg berada d sekeliling kita yg dikenali?
ibaratnya seperti kita memandu di lebuhraya, mahu cepat menuju ke satu destinasi.. jalanraya itu seolah-olah kita yg punya...pernahkah kita risau jika di sepanjang perjalanan tersebut, ada pemandu lain yg mungkin sedih, marah, kecewa, terguris, terluka bahkan menderita mungkin dgn sikap kita?

nah, di situ lahirnya sikap TOLERANSI, BERTOLAK ANSUR, SABAR, BERLAPANG DADA..
peringatan utk diri saya juga...
dalam memikirkan keuntungan diri.. fikirkan juga ttg org lain..
kerana org yg hidupnya utk diri sendiri akan mati sia-sia, sedangkan org yg hidupnya memikirkan org lain, akan mati dgn mulia..

bukan ingin mengata sesiapa.. sekadar meluahkan sesuatu yg tiba2 muncul di benak fikiran...
diri ini juga byk khilafnya..
namun apa salahnya memberi peringatan..

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin.." (51:55)

dan sifat manusia itu sendiri, yg sememangnya sentiasa lupa.. 
jom kita sama2 hidup sambil memikirkan juga keadaan org lain.. ^^

*mode masih berlapang dada*

coretan hati kerdil (^^)/

Friday, March 25, 2011

明日の記憶

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. selamat tiba di bumi sakura..hati mula merindui bumi Malaysia yg baru ditinggalkan.. sedang berteleku di hadapan meja komputer sambil mengenang hari2 semalam.. apa yg telah dilakukan tika Allah kurniakan padaku nikmat sihat dan masa lapang? adakah digunakan sebaik2nya agar iman di dada sentiasa bertambah, agar hati x pernah lupa padaNya, agar diri x hanya mengejar dunia?? utk menyesali yg sudah berlaku itu.. suatu yg sia2.. yg terbaik bagiku adalah meneliti kesilapan semalam agar hari ini lebih sempurna.. muhasabah hari ini utk panduan esok.. dan seterusnya.. itulah 明日の記憶 @ memori hari esok....

wahai diri...
dekatkan diri padaNya.. agar kau tidak sedih dgn peristiwa kelmarin, dan tidak pula takut menghadapi hari2 mendatang..
basahkan lidahmu dengan zikrullah.. agar itu jadi penolongmu di mahsyar nanti..
ingtkan MATI.. kerana itu PASTI.. dan x mampu ditunda/dipercepat barang sesaat..
cukup2lah dgn dunia.. dunia itu x kemana.. kemewahan dan segala isinya tidak sampai sebelah syp nyamuk pun jika ingin dibandingkan dgn akhirat yg penuh dgn keindahan janjiNya..

sesekali terdetik rasa cemburu pada alam..
yg setiap detik tunduk pada perintah penciptaNya..
baik secara sukarela mahupun terpaksa..
sesekali malu dgn diri sendiri..
diberi nikmat iman dan islam utk menilai baik buruk perbuatan..
namun tetap terjatuh ke lembah dosa

tetapi..
apa yg penting, berilah PELUANG!
peluang utk memperbaiki kesilapan semalam
peluang utk merubah diri menjadi yg terbaik
peluang utk terus berjuang berada pada jalanNya
peluang utk masuk syurga!
peluang itu bukannya selalu ada, sesekali tiba.. jgn dilepaskan..
peluang itu tiada jadual waktu seperti bas mahupun kereta api..
rebutlah ia kerana itu mungkin yg terakhir dariNya..

lantas..
peluang itu diambil utk jari2 ini terus gagah menaip setiap bait huruf..
moga ini lebih membawaku padaNya..


coretan hati kerdil (^^)/

Sunday, February 27, 2011

*nafas Malaysia *

Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia!
pulang dgn satu misi besar.. lillahitaala..
moga Allah permudahkan..
moga Allah lancarkan..

bumi sakura yang sedang dingin ditinggalkan..
menikmati hangatnya kg tercinta..

Allah..
ku ingin jadi insan yg bermanfaat utk semua..
ku ingin jadi insan yg hidup penuh pengertian..

Allah..
ku tahu ku diciptakan kerana Kau punya rencana yg besar..
kuatkan semangat ku untuk menyempurnakan rencana itu..
tsabatkn hati ini pada jalan menuju MaghfirahMU....

coretan hati kerdil (^^)/

Wednesday, February 16, 2011

* mencari redha Allah

Alhamdulillah3..
syukur Alhamdulillah.. final exam yg kuat mencengkam emosi itu, akhirnya berlalu pergi... walaupun ada yg x dpt jwb, masih bersyukur, (^^) Alhamdulillah..
dengan ini berakhir 2 nensei ku~~~
moga 3 nensei yg bakal datang.. semakin mematangkan diri ini.. ^^
yay~~ exam habis = nak balik Malaysia!!! oh kampungku ^^
x sabarnye nk balik.. byk benda nk buat..

tp.. balik Malaysia juge perlukan mujahadah! kerana bi'ah nya lain sekali..
Ya Allah.. kuatkan hati hambaMu ini..
ingin sekali menjadi Muslimah hebat yg diibaratkan seperti biji benih yg sngt baik, apabila dicampakkan ke sebuah pulau terpencil, mampu memakmurkan pulau tersebut!
Subhanallah.. manisnya nikmat iman~~
Ya Allah.. tsabatkan hati ini pada jalanMu..

- 4 hari menuju Malaysia -



coretan hati kerdil (^^)/

Tuesday, February 15, 2011

| Maulidur Rasul |

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam ukhwah dan selamat tengahari ^^
sebenarnye tgh menghilangkan kinchou ( nervous ) nk exam kjap lagi..
jd amik mase sikit utk menaip..
hari ini.. 12 Rabiul-awal 1432 H... tanggal kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw...
Selawat dan salam ke atas baginda

malam td menyaksikan yuki (salji) turun dgn galak di hampir seluruh kawasan Jepun..
Subhanallah! terima kasih Ya Allah, kerana memberi peluang pada hambaMu ini utk menikmati salah satu nikmat agungMu, yg ku yakin mampu menundukkan lagi diri ini padaMu..
Subhanallah!

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka," [3:191]

berbalik pada Maulidur-Rasul... cuba kita tanye diri kita... ( termasuklah hamba yg menaip ini), sayangkah kita pada Rasulullah? rindukah kita utk bertemu dgn baginda? di manakah tempat Allah dan RasulNya di hati kita..? Astaghfirullah...
sedangkan Rasulullah? bagaimana perasaan baginda terhadap kita umatnya??

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

Ya Allah.. berjurai air mataku pabila membacanya.. hanya Allah yg tahu betapa kasihnya baginda kepada umatnya walaupun belum pernah bersua muka..

Baginda juga pernah bersabda: 
" Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah mereka yang paling banyak berselawat padaku,"

nah~~
betapa malunya diri ini mengenangkan kurang nya berselawat padamu wahai kekasih Allah...

Ya Allah..
pertemukanlah kami dgn Rasulullah di syurgaMu kelak..

Ya Rasulullah..
akan kami sambung perjuanganmu di bumi Allah...
akan kami jadikan dirimu Qudwah hasanah dalam setiap detik hidup kami..

* mode menyelam rindu pada kekasih Allah *

"Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah, dan (kedatangan) hari kiamat, dan dia banyak mengingati Allah."
[33:21]


coretan hati kerdil (^^)/

Monday, February 14, 2011

* an unforgettable journey *

Suatu waktu dulu, saya pergi ke tempat itu, dgn niat lain. itulah yg saya dapat ketika itu.. apa yg saya hajatkan..
setahun selepas itu, saya pergi lagi ke tempat yg sama, tetapi kali ini utk mencari cintaNya.. utk bertemu jiwa2 yg sentiasa bersedia memapah sy tika sy lemah x berdaya.. dan Alhamdulillah.. Allah kurniakan kepada saya apa yg saya hajatkan.. sy bertemu dgn insan2 tersayang, beramah mesra, merapatkan ukhwah yg sedia terbina..
mungkin dulu sy sayangkan mereka mungkin sekadar sayang, tetapi kini, saya sayangkan mereka kerana ALLAH!
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi peluang hati ini utk menerima cahayaMu

utk insan2 tersayang itu..
terima kasih kalian.. utk setiap senyuman mesra dan layanan yg cukup istimewa..
maaf andai terkasar bahasa.. tersilap bicara
mari sama2 berjuang ... REALITI UMMAH bukan sesuatu yg hanya utk dikenang, tetapi itu harus diperbetulkan...!!
bagaimana utk memperbetulkan? tepuk dada tanya iman..
* insyaAllah saya yakin kalian sudah punya jawapan.. mungkin sukar utk melaksanakan.. namun percayalah.. kalian tidak sendirian.. kalian ada saya, kami, dan mereka di luar sana yg sama2 memperjuangkan Islam.. yg mampu memapah kalian kembali andai terpesong di tgh jalan....
* moga ikatan ukhwah yang terbina ini.. kekal hingga ke syurga.. insyaAllah..



Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati2 ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syariatMu, eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati2 ini, penuhkan hati2 ini dgn cahaya RabbaniMu yg tidak pernah kunjung malap, lapangkan hati2 ini dgn limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu, hidup suburkan hati2 ini dgn Ma'rifatMu, matikanlah hati2 ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong...
.....bila anda berjalan pada jalanNya, maka anda tidak akan sendiri. Sungguh, seluruh bala tentera alam semesta yang tidak terhitung banyaknya itu akan menyertai anda, kerana  dari matahari yg besar di langit hingga benda2 yg kecil di bumi, semuanya bergerak hanya pada jalanNya....


WE ARE NOT ALONE (^^)/

*ayuh bergandingan tangan menuju syurga ...

coretan hati kerdil (^^)/

Thursday, February 10, 2011

心の旅

Alhamdulillah~~
hari ini berlalu 3 paper..
lagi 4 paper menanti..
rasa sungguh cepat masa berlalu..
x lame lg nk naik tahun 3.. insyaAllah..

mlm ni insyaAllah memulakan perjalanan mengisi hati..
moga dpat keberkatan..
Ya Allah, moga setiap langkah menuju jalanMu ini.. dalam keredhaanMu
^^ 4 paper yg masih menanti itu..
sabar ye..
saye bukan sengaje carik pasal..
tp
kadang2 nak mengajar juga menghargai waktu yg sedikit
moga ada barakahNya...

mau bersiap2
selamat tinggal yokohama

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). [67:15]

coretan hati kerdil (^^)/

Wednesday, February 9, 2011

kadang-kadang



kadang-kadang,
kita rasa kita paling susah..
tp..
harus diingat ada yang lebih susah...
susah nak dapat sesuap nasi utk alas perut,
susah utk bergerak,
malah ada yg susah utk bernafas!
apalah sgt "susah" yg dirasakan oleh kita yg serba mewah ini
kadang-kadang, 
kita rasa kita sudah cukup kecewa,
mungkin kerana x berjaya jawab exam,
mungkin juga kerana putus cinta.. 
tapi,
harus diingat..
ada yg lebih kecewa...
kadang-kadang, 
kita rasa kita paling sedih..
diuji macam2..
tapi kita kena ingat..
masih ada dan ramai lagi yang lebih sedih..
kita kena sedar yg kita disayangi~
sbb itu kita diuji..
macam Rasulullah.. seorang kekasih Allah..
mana ada hidup senang mcm kita?
kadang-kadang,
kita rasa kita dah cukup berusaha..
tapi..
apakah ukuran "cukup" itu..?
jadi, teruskan berusaha, sampai akhirnya..
kadang-kadang,
kita rasa kita serba kekurangan,
bila tgk sahabat yg ada kelebihan..
namun harus diingat..
setiap insan punya keistimewaan..
hatta kewujudan kita di dunia ini juga suatu yg ISTIMEWA, 
yg x dpt ditukarganti dengan makhluk lain
kadang-kadang, 
kita selalu mengeluh dgn sesuatu yg tiada..
apa salahnya jika kita mengucapkan syukur dgn apa yang ada?


*mode merapu di petang hari, otak bercelaru taktau nk baca yg mana satu... esok 3 paper, Ya Fattah, Ya 'Alim, permudahkanlah..

* memetik pesan dari seorang kakak kesayangan... 
Saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan, dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu.
-Syed Qutb-

Rabbana atina milladunka rahmah, wahayyiklana min amrina rasyada..
Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu, dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus dalam urusan kami..
[18:10]


*mahu terus terbang tinggi ke awan, menjulang bintang*

*Allah, there is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if You will...

* ku mohon keberkatan.... ^^









coretan hati kerdil (^^)/

Tuesday, February 8, 2011

sesaje singgah ...

Assalamualaikum..
^^ apa khabar dunia dan seisinya?
sesaje singgah sebentar... nk melepaskan tension jap...
sungguh, minggu ni dan minggu depan... sungguh menghimpit.. >.<
terasa mahu berputus asa dalam kesibukan belajar..
tp... seperit mane pun, saya masih ada sejuta alasan utk terus berjuang~
ya, saya masih punya Dia.. utk mendengar rintihan..
dan saya akan terus berjuang.... ^^
letih ? penat? lelah? x cukup rehat?
pesan seorang kakak yg teramat sy syg...
" Rehatlah dalam solatmu...  moga penat dan lelah mu akan hilang dgn sujudmu padaNya.."
terima kasih kakak! 

jadi, ayuh terus berjuang!
kerana utk mencapai kejayaan, bukan hanya dgn duduk menanti qadarNya dtg, tp berusaha, berusaha dan akhirNya bertawakkal..
itulah SUNNATULLAH..
nak BERJAYA, perlu USAHA... ttpi, segalanya bukan terletak pada hasil.. 
andai gagal, ambillah ibrahnya, 
kerana di situ ada tarbiyyah dariNya,,
kerana itu yg terbaik  utk kita yg sudah tercatat dgn kalamNya..

Ya Allah... tambahkanlah ilmuku, kuatkanlah semangatku, moga aku lebih redha menerima ketetapanMu..


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. 
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya).
[Hadith ke-19 dr hadith arbain]



Subhanallah!!
*yosh mari trus berusaha*
goodluck utk sahabat2 seperjuangan! bittaufiq wannajah..
moga Allah permudahkan..

*mode 12 hari menuju Malaysia!*



coretan hati kerdil (^^)/

Wednesday, February 2, 2011

Abu Sufyan

sedang bersemangat setelah mendengar sharing dr seorang akhawat ttg Abu Sufyan...
(^^)// nk kongsi jugak lahh

dipendekkan cerita... Abu Sufyan ni sebenarnya sebaya dengan Rasulullah, dan merupakan saudara seibu susu dengan baginda. boleh kata teman yg sangat akrab dgn Rasulullah sejak kecil, namun persahabatan yg terjalin itu, bertukar menjadi permusuhan yang dahsyat, apabila Rasulullah mula membawa ajaran Islam. dan yg paling menyedihkan, Abu Sufyan lah di antara orang yang paling memusuhi Rasulullah, serta menyakiti baginda dan umat Islam yang lain. Tetapi, hidayah itu milik Allah... apabila Dia nak bg hidayah, Nur itu boleh sampai kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Subhanallah...! Abu Sufyan ditakdirkan memeluk Islam sebelum Fathul Mekah. yang menariknya adalah, usaha Abu Sufyan utk bertemu Rasulullah, bermula dgn pertemuan di Abwa', walaupun Rasulullah memalingkan muka baginda, Abu Sufyan tetap bertekad utk terus pergi dan menunggu ke mana sahaja Rasulullah pergi, membawa anaknya yang bernama Jaafar. bahkan, Abu Sufyan pernah bertekad, biarpun dia dan anaknya akan mati kelaparan, dia ttap dgn pendiriannya utk berjumpa Rasulullah.. dan Rasulullah telahpun memaafkan Abu Sufyan semasa Perang Hunain, dan mengajak Abu Sufyan bersama-sama berjuang melawan musuh pada waktu itu....

pengisian yg ringkas, tp padat, cukup menyentuh,,,,  sungguh.. hidayah itu milik Nya.. hanya milikNya.. tak mungkin sampai kepada saya, awk, kita semua tanpa kehendakNya..
Subhanallah... Allahuakbar!!  dan kerana hidayah Allah itulah, sahabat yg karib bisa bermusuhan, keluarga yang bahagia juga bisa porak poranda.. kerana perbezaan akidah...

nah !
(^^)// akidah itulah sebenarnya pengukur persaudaraan kita.. akidah itulah sebenarnya tanah air kita.. bukannya bangsa, kaum mahupun negara yg kita bangga2kan..
sekali-kali tidak... AKIDAH itulah yg mengikatkan kita sebenarnya, hatta antara seorang  ibu dan anak... Subhanallah.. Astaghfirullah..

(^^)// hidayah itu milik Allah, yg boleh menembusi mana2 ruang hati yg diberi izinNya.. mungkin org sekeliling kita, yg kita kenali sbg seorang yg menentang Islam, akan sampai Nur itu kpd kalbunya..
Wallahua'lam.. itu semua aturan Allah... Allahuakbar..

(^^)// Semoga hati kita terus bersinar dek pancaran Nur ini... insyaAllah..

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
  [Surah An-Nur, 24:35] 
Ya Allah, bantulah kami utk terus disinari dgn nurMu...






Jazakillah utk si penyampai ^^



coretan hati kerdil (^^)/

cerita semalam

Bismillahirrahmanirrahim...
entry pertama di bulan Februari
rasanya baru sahaja menghirup nafas tahun baru, tapi bila tengok kalendar, eh dah 2 hb 2 dah..
aduhai...! cepatnya masa berlalu..
meninggalkan cerita-cerita semalam... yg mungkin jadi kenangan, dan mungkin juga dilupakan..
yg pasti, cerita semalam itulah yang mencorakkan hari ini... dan hari2 seterusnya..
chewah, bermadah pulak..
tp, itu sebenarnya kenyataan.. 

cerita-cerita semalam itu, mengingatkan aku akan khilafku di bumi Tuhan, mengajar aku memperbaiki diri ke arah yg lebih baik, mendidik ku erti kehidupan...
cerita-cerita semalam itu.. x semuanya indah.. ada yg mengalirkan air mata kesedihan, ada juga yg hampir menghamburkan kemarahan.. namun, di setiap bait kisahnya, terselit kurnia dari Allah, terselit keagungan Tuhan...
cerita-cerita semalam itu, mahal harganya, xkan termampu dibeli hatta digadai 7 lautan, tidak mungkin dapat diulang.. kerana ianya telah diatur rapi olehNya.. yg terkandung  sejuta hikmah, baik di luar mahupun di dalam..

lantas..
 kerana cerita-cerita semalam itu harus dihargai, perlu dilewati dgn teliti kerana ia bukan utk disesali pada hari ini, 
perlu disantuni umpama menatang seorang bayi..
perlu juga perancangan rapi walaupun ketetapan al-Kalam x mungkin terpadam.. 



mari jadi insan cemerlang, semoga hari ini lebih baik dari semalam..

* peperiksaan semakin menjelang, Ya Allah, aku memohon keberkatan... masa, ilmu, rezeki serta kehidupan.. moga tiap langkahku dalam naungan redhaMu...*

coretan hati kerdil (^^)/

Tuesday, January 25, 2011

nah! itulah manusia


di saat-saat genting itu..
masa semakin menghimpit,
jiwa makin huru-hara,
apa yang di buat serba x kena..
di saat itu lah..
Allah..!
Kau Yang Maha Kuasa..
Kau penentu segala...
nah! itulah manusia..
bagaikan kacang lupakan kulit..
di saat kau senang, mana lafaz kesyukuran??
di saat kau lapang, apa yang kau lakukan??
di saat kau suka, apa yang kau ucapkan??
bila tiba waktu berduka...Allah...
bila mehnah datang menimpa.. Allah..
bila kesusahan menghimpit jiwa.. Allah..
nah! itulah manusia..
Allah itu sentiasa ada, maka setiap waktu, marilah kita basahkan lidah dgn zikrullah.. 
cukup mudah.. apabila gembira.. ucaplah Alhamdulillah, Allahuakbar.. dan istighfarlah..

"... Ingatlah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. "
[13:28]


di saat inginkan sesuatu, minta saja sama Allah.. kerana Allah yang memiliki segala-galanya...
Ya Allah, aku mohon kepadamu, yang terbaik untukku dunia dan akhirat....










coretan hati kerdil (^^)/

Thursday, January 20, 2011

dunia itu... apa ya?

DUNIA itu... apa ya?

Menurut seorang teman, dunia itu umpama kaca bercampur permata, byk benda yang menarik, sehingga susah untuk manusia menilainya... yang penting, kita perlu memilih yang mendekatkan diri padaNya..

Menurut teman yang lain, dunia itu ibarat satu bekas berisi tepung beras dan tepung gandum, apa yang terhasil darinya, bergantung kepada si pembuat...
katanya lagi, dunia itu meletihkan... terlalu byk sehingga tak terlayan..
ujarnya lagi, dunia itu juga ibarat pentas, di mana manusia sbg pelakonnya, dgn skrip yg tersedia, direktor yg mmg dah ada, di tambah lg dgn pelakon tambahan yakni alam, dan,,
persembahan itu akan dipaparkan di akhirat kelak.. utk tontonan semua...

Kata teman lain pula, dunia itu ibarat pelangi.. tidak hanya di pandang sekali... terlalu indah membuatkan manusia terpana.. namun kewujudannya sementara.. 

Kata seorang yg lain pula.. betapa kecilnya dunia itu, sehingga boleh diletakkan di atas telapak tangan...

Saya fikir, dunia itu ibarat sebutir pasir di tepi pantai yang tak berpenghujung... 

itu kata saya, kata anda, kata mereka, kata kita... tapi, apa kata Sang Pencipta..?



..."kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sementara."  
Surah Ali-Imran [3:185]

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau... "  Surah al-An'am [6:32]

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan gugusan
 bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bg orang yg memandang."
Surah Al-Hijr [15:16]

Subhanallah.. Alhamdulillah..
itulah dunia... 
dunia saya, dunia anda, dunia kita semua..
apa yang penting, dunia itu SEMENTARA..
jadi, sementara kita masih di dunia, marilah kita pertimbangkan isinya, marilah kita mengenal yg mana intan yang mana kaca,
moga apa yang kita perolehi di dunia ini, adalah sesuatu yang membawa kepada keuntungan di akhirat kelak.. insyaAllah





coretan hati kerdil (^^)/

Wednesday, January 19, 2011

Allah.. sungguh, aku malu..

Assalamualaikum dunia..
Alhamdulillah3, syukur padaNya, kerana masih mampu bernafas di dalam kedinginan yang mencengkam ini, masih mampu melangkahkan kaki ke sekolah,
masih mampu melakukan aktiviti seharian yang insyaAllah berada dalam redha Allah..
sungguh! nikmat2 yang kita perolehi pada setiap hela nafas kita, tidak terkira banyaknya, takkan terhitung meskipun kita ingkar padaNya..
Subhanallah! Astaghfirullah..


Ya Allah..
sungguh aku malu,
sedang diri ini dalam belenggu dosa,
namun Kau tak putus mencurahkan nikmatMu..

Ya Allah..
sungguh, aku malu untuk meminta dariMu..
namun Ya Allah..
hanya Engkau yang aku sembah
hanya Engkau tempat ku bergantung..
kurniaknlah aku kasih sayangMu..


Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, dan tsabatkanlah hati-hati kami di jalanMu..

mari berkaraoke sikit ,klik sini :  DOA KALBU

catatan hati kerdil (^^)/

Saturday, January 15, 2011

Jalanku..

Allah...
telah ku pilih jalanku, yang ku yakin mampu membawaku ke syurgaMu, ku tahu jalan ini pahit, penuh dgn duri dan ranjau, namun Allah, kerana aku yakin manisnya syurga itu.. akan ku gagahkan diri menempuhnya.. kerana aku yakin aku x sendiri, aku kuatkan hati utk terus berpaut padaMu, kerana ramai tangan yang bersedia menggapaiku andai ku tersungkur, aku akan terus kuat menitinya..

Allah..
Alhamdulillah3.. syukur yang tidak terhingga kerana memberiku nikmat yg IMAN dan ISLAM, mengenal baik buruk dan halal haram, membuatku faham erti tarbiyyah, mengenal jalan utk ke syurgaMu

Allah..
Astaghfirullah... ampunkan daku, atas dosa2 yg masih membelenggu, atas jahiliyyah yg masih terpalit di hati, atas sifat2 mazmumah yg masih bersarang di sanubari...
 taubatku, masih tidak mampu utk menghapuskannya, ampunkan aku Allah.. ampunkan aku Allah...

Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ttg diriku, ku pasti akan futur di pertengahan jalan, namun Ya Allah, aku mohon, peringatkanlah aku tentang azab dan siksaMu,

Allah,
cinta dan redhaMu ku damba, kerana ku tahu Kau pencinta abadi, layakkanlah aku utk menerima cintaMu,  tanamkanlah rinduku hanya utkMu..lembutkanlah hati ini utk terus berada di bawah lembayung tarbiyyahMu,

amin, Ya Rabbal `alamin...
izinkan aku utk terus berada di daerah ini

Thursday, January 13, 2011

ukhwah itu indah.. ^^

penah x..kadang2 kita rasa terguris dgn org yg paling kita rapat.. org yg paling kita percaya.. hanya kerana alasan yang remeh.. hanya kerana sikap acuh x acuh yg mungkin muncul disebabkan kesibukan n sebagainya??
jika YA..
pernah x anda bersikap begitu terhadap sahabat mahupun org sekeliling anda..?
jika YA..
nah.. itulah sbb knapa anda pula yg dilayan begitu..
masih terngiang kata2 Ustazah ketika saya di sekolah menengah...
you ask for it, you get it, you play the music, you face it...
haihhh..

itulah salah satu virus dalam ukhwah.. yakni bersikap acuh x acuh pada teman..
kalau difikirkan perkataan UKHWAH itu sendiri... MasyaAllah.. sungguh besar ertinya..
mari kita rungkai ttg makna ukhwah..
kalau kita kembali ke zaman junjungan besar kita... Nabi Muhammad saw... ukhwah para sahabat sesama mereka dan juga terhdap baginda.. bukanlah hanya ketaatan semata2.. tp dihiasi dgn cinta dan rindu.. betapa indahnya ukhwah itu untuk dibayangkan.. sampai ada sahabat yang sanggup hari2 bertandang ke rumah baginda hanya kerana rindu.. nah! itu penangan ukhwah..

Rasulullah juga pernah bersabda:
"Jangan mengambil ringan kebaikan walaupun setakat menunjukkan muka ceria kepada saudaranya."

ingin ku tekankan betapa Islam mengambil berat soal UKHWAH...

lantas yg diperlakukan dgn sikap acuh x acuh.. apa perlu anda buat..?
ya.. BERLAPANG DADA.. itulah yg terbaik.. Allah banyak kali berfirman... "sekiranya engkau bersabar dan memaafkan.. itu lebih baik bagimu.."

ayuh.. maafkan kesalahan insan..
saya, anda, kita, mereka.. semua sama.. tercipta dari tanah dan ditiupkan ruh.. diamanahkan sbg hamba dan khalifah..
berbuat kesilapan itu lumrah.. bumi mana yg x ditimpa hujan..?

Wallahua'lam.. sy memohon maaf andai terkasar bahasa..

Friday, January 7, 2011

ohayou!

Assalamualaikum dunia~~~
kesejukan di luar ( kira2 3℃) bukan penghalang utk terus berjuang hari ini..
selimut dilipat seawal jam 6 pagi...
bersemangat utk ke sekolah ^^

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah,
Lapangkan dadaku utk menerima ilmu..
Fasihkan lidahku utk bertutur supaya mereka faham..

yosh!
walaupun kelas hari ini agak berat,
sy harus tabah..

"dan mohonlah pertolongan dr Allah dengan sabar dan solat..."

Allah sedang memerhatikan saya... begitu juga seluruh alam
sy mesti lakukan yang terbaik!
行って来ます!! 

Wednesday, January 5, 2011

Happy New Year

Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat Tahun Baru..
biarpun sedikit terlewat..
moga tahun baru..
datang dengan azam baru..
datang dengan pengharapan baru..
dalam meniti hidup sebagai hamba
dalam meneruskan perjuangan menegakkan kalimahNya
tahun yang berlalu usah dilupakan terus..
bak kata pepatah,
buang yang keruh, ambil yang jernih..
yang kurang kita tingkatkan..
yang baik kita kekalkan..
yang silap jadikan iktibar dan pengajaran..

akhir 2010..
meninggalkan memori terindah..
hidup berkampung membina biah Islamiyah
biah yang semestinya diidam2kan oleh semua insan..
berkasih sayang demiNya..
bercinta sampai ke syurga... amin :)
dinginnya Zao Liza...
salji yg turun menjadi saksi..
pertemuan kami yang bakal menjadi perbualan di syurga nanti..
sesejuk salji yg tinggi menimbun..
cair dek kehangatan ukhwah kira2 120 insan terpilih



Ya Allah..
tetapkan kami di jalan ini..

Kampung Tarbiyyah!
ya... tarbiyyah yg sebenarnya baru bermula...
sebarkanlah.
sebarkanlah nikmat tuhanMu ke serata alam
tegakkanlah..
tegakkanlah kalimah tuhanMu..
biar segenap pelusuk dunia tahu akan kebesaranNya...
dan keagunganNya..

binnabil huda nahnu jundul huda..
masih terngiang2 siang dan malam
ayuh laksanakan..
 takbir! ALLAHUAKBAR...



Ya Rahman Ya Rahim..
thabatkanlah hati2 ini pada jalanMu...

mari nyanyi sikit.. chewahh
klik sini jom :)