Allah...
telah ku pilih jalanku, yang ku yakin mampu membawaku ke syurgaMu, ku tahu jalan ini pahit, penuh dgn duri dan ranjau, namun Allah, kerana aku yakin manisnya syurga itu.. akan ku gagahkan diri menempuhnya.. kerana aku yakin aku x sendiri, aku kuatkan hati utk terus berpaut padaMu, kerana ramai tangan yang bersedia menggapaiku andai ku tersungkur, aku akan terus kuat menitinya..
Allah..
Alhamdulillah3.. syukur yang tidak terhingga kerana memberiku nikmat yg IMAN dan ISLAM, mengenal baik buruk dan halal haram, membuatku faham erti tarbiyyah, mengenal jalan utk ke syurgaMu
Allah..
Astaghfirullah... ampunkan daku, atas dosa2 yg masih membelenggu, atas jahiliyyah yg masih terpalit di hati, atas sifat2 mazmumah yg masih bersarang di sanubari...
taubatku, masih tidak mampu utk menghapuskannya, ampunkan aku Allah.. ampunkan aku Allah...
Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ttg diriku, ku pasti akan futur di pertengahan jalan, namun Ya Allah, aku mohon, peringatkanlah aku tentang azab dan siksaMu,
Allah,
cinta dan redhaMu ku damba, kerana ku tahu Kau pencinta abadi, layakkanlah aku utk menerima cintaMu, tanamkanlah rinduku hanya utkMu..lembutkanlah hati ini utk terus berada di bawah lembayung tarbiyyahMu,
amin, Ya Rabbal `alamin...
izinkan aku utk terus berada di daerah ini
No comments:
Post a Comment