Bismillahirrahmanirrahim...
entry pertama di bulan Februari
rasanya baru sahaja menghirup nafas tahun baru, tapi bila tengok kalendar, eh dah 2 hb 2 dah..
aduhai...! cepatnya masa berlalu..
meninggalkan cerita-cerita semalam... yg mungkin jadi kenangan, dan mungkin juga dilupakan..
yg pasti, cerita semalam itulah yang mencorakkan hari ini... dan hari2 seterusnya..
chewah, bermadah pulak..
tp, itu sebenarnya kenyataan..
cerita-cerita semalam itu, mengingatkan aku akan khilafku di bumi Tuhan, mengajar aku memperbaiki diri ke arah yg lebih baik, mendidik ku erti kehidupan...
cerita-cerita semalam itu.. x semuanya indah.. ada yg mengalirkan air mata kesedihan, ada juga yg hampir menghamburkan kemarahan.. namun, di setiap bait kisahnya, terselit kurnia dari Allah, terselit keagungan Tuhan...
cerita-cerita semalam itu, mahal harganya, xkan termampu dibeli hatta digadai 7 lautan, tidak mungkin dapat diulang.. kerana ianya telah diatur rapi olehNya.. yg terkandung sejuta hikmah, baik di luar mahupun di dalam..
lantas..
kerana cerita-cerita semalam itu harus dihargai, perlu dilewati dgn teliti kerana ia bukan utk disesali pada hari ini,
perlu disantuni umpama menatang seorang bayi..
perlu juga perancangan rapi walaupun ketetapan al-Kalam x mungkin terpadam..
mari jadi insan cemerlang, semoga hari ini lebih baik dari semalam..
* peperiksaan semakin menjelang, Ya Allah, aku memohon keberkatan... masa, ilmu, rezeki serta kehidupan.. moga tiap langkahku dalam naungan redhaMu...*
coretan hati kerdil (^^)/
No comments:
Post a Comment