Wednesday, February 2, 2011

Abu Sufyan

sedang bersemangat setelah mendengar sharing dr seorang akhawat ttg Abu Sufyan...
(^^)// nk kongsi jugak lahh

dipendekkan cerita... Abu Sufyan ni sebenarnya sebaya dengan Rasulullah, dan merupakan saudara seibu susu dengan baginda. boleh kata teman yg sangat akrab dgn Rasulullah sejak kecil, namun persahabatan yg terjalin itu, bertukar menjadi permusuhan yang dahsyat, apabila Rasulullah mula membawa ajaran Islam. dan yg paling menyedihkan, Abu Sufyan lah di antara orang yang paling memusuhi Rasulullah, serta menyakiti baginda dan umat Islam yang lain. Tetapi, hidayah itu milik Allah... apabila Dia nak bg hidayah, Nur itu boleh sampai kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Subhanallah...! Abu Sufyan ditakdirkan memeluk Islam sebelum Fathul Mekah. yang menariknya adalah, usaha Abu Sufyan utk bertemu Rasulullah, bermula dgn pertemuan di Abwa', walaupun Rasulullah memalingkan muka baginda, Abu Sufyan tetap bertekad utk terus pergi dan menunggu ke mana sahaja Rasulullah pergi, membawa anaknya yang bernama Jaafar. bahkan, Abu Sufyan pernah bertekad, biarpun dia dan anaknya akan mati kelaparan, dia ttap dgn pendiriannya utk berjumpa Rasulullah.. dan Rasulullah telahpun memaafkan Abu Sufyan semasa Perang Hunain, dan mengajak Abu Sufyan bersama-sama berjuang melawan musuh pada waktu itu....

pengisian yg ringkas, tp padat, cukup menyentuh,,,,  sungguh.. hidayah itu milik Nya.. hanya milikNya.. tak mungkin sampai kepada saya, awk, kita semua tanpa kehendakNya..
Subhanallah... Allahuakbar!!  dan kerana hidayah Allah itulah, sahabat yg karib bisa bermusuhan, keluarga yang bahagia juga bisa porak poranda.. kerana perbezaan akidah...

nah !
(^^)// akidah itulah sebenarnya pengukur persaudaraan kita.. akidah itulah sebenarnya tanah air kita.. bukannya bangsa, kaum mahupun negara yg kita bangga2kan..
sekali-kali tidak... AKIDAH itulah yg mengikatkan kita sebenarnya, hatta antara seorang  ibu dan anak... Subhanallah.. Astaghfirullah..

(^^)// hidayah itu milik Allah, yg boleh menembusi mana2 ruang hati yg diberi izinNya.. mungkin org sekeliling kita, yg kita kenali sbg seorang yg menentang Islam, akan sampai Nur itu kpd kalbunya..
Wallahua'lam.. itu semua aturan Allah... Allahuakbar..

(^^)// Semoga hati kita terus bersinar dek pancaran Nur ini... insyaAllah..

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
  [Surah An-Nur, 24:35] 
Ya Allah, bantulah kami utk terus disinari dgn nurMu...






Jazakillah utk si penyampai ^^



coretan hati kerdil (^^)/

2 comments:

A'thiqah said...

chah, PR tadi eh? jazakillah sharing kat cni ^^ dkat seminggu paltalk xpress xboleh on.. :(

::ZinNirah:: said...

oh yeke.. lain kali buzz saye, sy tsunageru kan ikut Skype..
la tahzan ya ukhti.. ^^