Assalamualaikum..
^^ apa khabar dunia dan seisinya?
sesaje singgah sebentar... nk melepaskan tension jap...
sungguh, minggu ni dan minggu depan... sungguh menghimpit.. >.<
terasa mahu berputus asa dalam kesibukan belajar..
tp... seperit mane pun, saya masih ada sejuta alasan utk terus berjuang~
ya, saya masih punya Dia.. utk mendengar rintihan..
dan saya akan terus berjuang.... ^^
letih ? penat? lelah? x cukup rehat?
pesan seorang kakak yg teramat sy syg...
" Rehatlah dalam solatmu... moga penat dan lelah mu akan hilang dgn sujudmu padaNya.."
terima kasih kakak!
jadi, ayuh terus berjuang!
kerana utk mencapai kejayaan, bukan hanya dgn duduk menanti qadarNya dtg, tp berusaha, berusaha dan akhirNya bertawakkal..
itulah SUNNATULLAH..
nak BERJAYA, perlu USAHA... ttpi, segalanya bukan terletak pada hasil..
andai gagal, ambillah ibrahnya,
kerana di situ ada tarbiyyah dariNya,,
kerana itu yg terbaik utk kita yg sudah tercatat dgn kalamNya..
Ya Allah... tambahkanlah ilmuku, kuatkanlah semangatku, moga aku lebih redha menerima ketetapanMu..
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya).
[Hadith ke-19 dr hadith arbain]
Subhanallah!!
*yosh mari trus berusaha*
goodluck utk sahabat2 seperjuangan! bittaufiq wannajah..
moga Allah permudahkan..
*mode 12 hari menuju Malaysia!*
coretan hati kerdil (^^)/
No comments:
Post a Comment