Friday, March 25, 2011

明日の記憶

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. selamat tiba di bumi sakura..hati mula merindui bumi Malaysia yg baru ditinggalkan.. sedang berteleku di hadapan meja komputer sambil mengenang hari2 semalam.. apa yg telah dilakukan tika Allah kurniakan padaku nikmat sihat dan masa lapang? adakah digunakan sebaik2nya agar iman di dada sentiasa bertambah, agar hati x pernah lupa padaNya, agar diri x hanya mengejar dunia?? utk menyesali yg sudah berlaku itu.. suatu yg sia2.. yg terbaik bagiku adalah meneliti kesilapan semalam agar hari ini lebih sempurna.. muhasabah hari ini utk panduan esok.. dan seterusnya.. itulah 明日の記憶 @ memori hari esok....

wahai diri...
dekatkan diri padaNya.. agar kau tidak sedih dgn peristiwa kelmarin, dan tidak pula takut menghadapi hari2 mendatang..
basahkan lidahmu dengan zikrullah.. agar itu jadi penolongmu di mahsyar nanti..
ingtkan MATI.. kerana itu PASTI.. dan x mampu ditunda/dipercepat barang sesaat..
cukup2lah dgn dunia.. dunia itu x kemana.. kemewahan dan segala isinya tidak sampai sebelah syp nyamuk pun jika ingin dibandingkan dgn akhirat yg penuh dgn keindahan janjiNya..

sesekali terdetik rasa cemburu pada alam..
yg setiap detik tunduk pada perintah penciptaNya..
baik secara sukarela mahupun terpaksa..
sesekali malu dgn diri sendiri..
diberi nikmat iman dan islam utk menilai baik buruk perbuatan..
namun tetap terjatuh ke lembah dosa

tetapi..
apa yg penting, berilah PELUANG!
peluang utk memperbaiki kesilapan semalam
peluang utk merubah diri menjadi yg terbaik
peluang utk terus berjuang berada pada jalanNya
peluang utk masuk syurga!
peluang itu bukannya selalu ada, sesekali tiba.. jgn dilepaskan..
peluang itu tiada jadual waktu seperti bas mahupun kereta api..
rebutlah ia kerana itu mungkin yg terakhir dariNya..

lantas..
peluang itu diambil utk jari2 ini terus gagah menaip setiap bait huruf..
moga ini lebih membawaku padaNya..


coretan hati kerdil (^^)/

2 comments:

Unknown said...

jom! pegang tangan...
(^_^)

::ZinNirah:: said...

jom! (^.^)/
uhibbuki fillah