Friday, June 17, 2011

bukan Mujahadah

Duhai diri,
bukan mujahadah namanya jika engkau hanya mahu duduk bergoyang kaki,
bukan mujahadah namanya jika engkau hanya menuding jari ke sana sini,
bukan mujahadah namanya tanpa ada penat lelah..
bukan munjahadah namanya tanpa ada susah payah...

Duhai hati..
mujahadah bererti kau tidak boleh bertindak sesuka hati,
mujahadah bererti kau tidak boleh biarkan nafsu menguasai diri,
mujahadah itu, bererti perjuanganmu menegakkan yg HAKIKI...

bukankah Allah, penciptamu telah berfirman..

"Alif Lam Mim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak akan diuji ? "
[29:1~2]
muhasabah lah..
ingat kembali akan jalan yg kau pilih ini...
Jalan ini adalah laluan yg x sanggup dilalui oleh mereka yg takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya,
jalan ini takkan sanggup dilalui oleh mereka yg pentingkan istirehat dan tuntutan hawa nafsu,
juga mereka yg kesempitan dadanya dan tidak mempunyai kekuatan,
yg x sabar menerima cemuhan, apatah lg berkorban harta..
xkn sanggup juga dilalui oleh mereka yg berkeras dgn pendapatnya sendiri sedangkan mereka sama sekali tidak mengerti...

harus kau INGAT..
kerana jalan ini adalah
JALAN PEMBERSIHAN DAN MENGAJAR MENGEKANG DIRI,
JALAN RAHMAT DAN JALAN KEMULIAAN,
JALAN YG MENAGIH KESABARAN DAN KETAHANAN,
JALAN KEBEBASAN DAN KETINGGIAN,
JALAN KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN..

jalan ini, nampak tenang, ttpi sebenarnya penuh onak dan rintangan..



* muhasabah mode *
| Istighfar3.. betulkan niat.. luruskan hati.. supaya langkahmu tak tersadung nnti... |

~tiada yg lebih indah drpd meneruskan sisa2 hidup ini hanya utkNya....