Tuesday, November 13, 2012

wake me up when september ends

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
hari ni sejuk! menggigil dalam seronok. dah lama menanti musim luruh. menikmati keindahan daun mapel yang merah memekat, dan gugur ke tanah.
sambil berangan, alangkah indah, andai dosaku bisa gugur sebegitu.
namun, x mustahil bukan? kerana Dia Maha Pengampun.
Allahu, malu aku mengingatkan keampunanMu yg jauuuuuh melangkau timbunan dosa2ku.

[sekilas, menggamit memori autumn yg lalu]

minggu terakhir september. minggu paling gembira. rumah paling meriah. seronok! Alhamdulillah. moga berakhirnya september, mampu membangunkan aku dari lena yg cukup panjang ini.
T.T kesal dgn diri yg x mmpu bermujahadah. longlai dgn rentak kefuturan.
malu dgn sahabat2 yg laju menderu arus, seolah2 meninggalkan aku sendiri dalam gerabak dakwah dan tarbiyah.
cukup dgn ramadhan, syawal yg berlalu, yg hanya menjadikan aku tetap aku. diam di situ. malah mungkin terundur ke belakang. dek longlainya iman.

Allah, moga dgn gugurnya daun2 di bumi sakura ini, jadi obsesi utk aku berusaha menggugurkn dosa2ku yg lalu....

1 comment:

Xin Guiying said...

Salam, chaaaaah..!妊娠だって?hehe