Sunday, December 12, 2010

mati sia sia?

perjalanan di pagi hari mmg menuntut pengorbanan, menuntut kekuatan, menuntut kesabaran...
moga setiap langkahan diiringi dgn barakahMu...
sedang berdiri dalam timbunan sardin menuju Shibuya, sejenak terfikir..
andai aku mati skrg.., redhakah Allah dgn aku?
akan sampaikah aku ke syurga?
layakkah hamba ini mengadap wajah Tuhannya..?
Astaghfirullah... hati menangis mengenangkannya..

tidak!
aku masih belum mahu mati..
hati kecil memberontak..
Astaghfirullah..

duhai hati..
mati itu pasti..
sudah tertulis ajalmu dalam lembaran yang telahpun kering..
kau xkn mampu menunda, mempercepat hatta sedetik pun..

duhai hati,
sebaliknya katakanlah..
aku tidak mahu mati dalam keadaan Allah benci padaku, 
Aku tidak mahu mati dalam keadaan leka padaNya..

tetapi
aku mahu mati ketika memperjuangkan KalimahNya..
aku mahu mati dalam keadaan sentiasa merinduiNya..
aku mahu mati tatkala bibir basah dgn zikrullah..

lantaran itu..
utk ape lg kau bersenang lenang sekarang?
kuatkan langkahan ke depan
seolah2 mati sedang mengejarmu..
ayuh..
andai mati dtg menerpa..
moga mati mu itu dalam RedhaNya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim. " [3:102]

No comments: