Wednesday, December 22, 2010

ku impi syahid di jalanMu

"kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan,"
(Hadith Riwayat Muslim)

Ya Allah...
tanamkan sifat ingin syahid dalam hatiku..
letakkan dunia ditanganku, bukan hatiku...

Tuesday, December 21, 2010

tanya sama hati..

ku tanya sama hati..
apa khabar iman...
kata hati: kau tanyalah iman
lantas ku tanya iman khabarnya..
kata iman: kau tanyalah hati
...................................

Ya Allah.. 
ingatkanlah hambaMu ini dikala futur..

Thursday, December 16, 2010

oh aNgin...

hari ini mau berkongsi satu cerita ttg angin... dan monyet..
mendapat mail dr seorang teman



Tersebutlah al-kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.


Mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.


Kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.


Akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.


tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...


ehh..nanti dulu...hehe..tau tak apa pengajaran yang ingin disampaikan dalam cite ni? ini bukan sekadar cerite tapi mempunyai makna tersirat.


Sebenarnya kisah di atas ini mempunyai kaitan yang sgt2 rapat dengan kita sebagai manusia. hidup kita penuh ujian bukan? haa..jangan ingat ujian itu kesusahan semata. hakikatnya kesenangan yang kita ada juga adalah ujian. malah lebih bahaya kerana ianya tak nampak oleh kita. stuju dengan saya?


Kita selalu akan kembali kepada fitrah, iaitu kembali pada Allah bila kita menghadapi kesusahan bukan? tapi berapa ramai antara kita yang mengingati Allah ketika kita dalam keadaan senang lenang? tak ramai...tak ramai. bila kita ditimpa kesusahan, kesempitan dan kesedihan, Allah lah tempat kita mengadu, memohon pertolongan. dada ini terasa sempit, tidak tenang, gelisah, susah dan menangis bila datangnya sesuatu ujian. namun ia sebenarnya satu petanda menunjukkan Allah sayang pada kita. malah lebih sayang pada kita. kerana Dia sentiasa menunggu2 hambaNya meminta2, merayu2 pada Dia.


semakin banyak ujian/mehnah yang kita terima sebenarnya semakin dekat kita dengan Allah. seperti mana kisah monyet di atas, semakin kuat angin yang diterimanya, semakin kuat sang monyet berpaut pada dahan pokok.


Firman Allah:Sesungguhnya, orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu." (Al-Fussilat 41:30)

Wednesday, December 15, 2010

...saya NAK ke syurga ...

saya mahu ke syurga..
ungkapan yg sungguh senang dilafazkan..
namun payah utk direalisasikan..
sejauh mana usaha kita utk mendapat TIKET ke syurga..?

setinggi mana azam dan tekad kita utk mendapatknnya..?
cuba fikirkan...
azam manakah yang lebih tinggi?
nak lulus cemerlang exam atau syurga?
nak dapat banyak duit atau syurga..?
manakah yang kita sdg kejar sebenarnya..?

"Kamu berkata NAK masuk syurga, tetapi kamu tidak melalui mana-mana jalan menuju ke syurga... Sesungguhnya perahu takkan belayar di atas tanah... "
[ Pepatah Arab]

Astaghfirullah..
di atas jalan manakah kita sekarang ini..?
jika masih di atas jalanNya.. Alhamdulillah..
jika terpesong ke jalan lain.. Astaghfirullah.. 
masih ada masa untuk kembali ke jalan Allah, 
jalan menuju syurga,
jalan menuju RedhaNya..

tepuk dada, tanya iman..





p/s: pesanan ini khas utk diri sendiri..moga lebih kuat utk bermujahadah

"Katakanlah: inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin.... "
[12:108]

p/s lagi: ku ingin terus berlari menggapai awan, hingga ku bisa tunduk melihat bintang... 

..Sahabat...


satu hadis yg ingin dikongsi bersama..
utk semua yg bergelar sahabat..
mari berusaha menjadi sahabat yang baik..
yg senantiasa mengingatkan sahabat kita kpd Allah

Dari Anas, Rasulullah SAW bersabda, 
"Dan perumpamaan sahabat yg baik itu bagaikan penjual minyak wangi kasturi, jika minyak kasturi itu tidak mengenaimu, maka kamu akan mencium bau wanginya. Dan perumpamaan sahabat yg jelek adalah seperti tukang pandai besi, jika kamu tidak kena arangnya (percikannya), maka kamu akan terkena asapnya."
(HR. Abu Dawud).


[current mood : rindu sahabat2 lama.. Ya Allah , permudahkanlah urusan seharian mereka]

sebelum mata terlena...

sebelum mata terlena..
maafkanlah kesalahan insan..
andai esok sudah tiada lagi buat kita..
sebelum mata terlena..
mohon ampun dan taubat pada Sang Pencipta..
andai esok ditakdirkan kita sudah tidak bernyawa...
sebelum mata terlena..
fikirkan apa yang bakal kita perjuangkan demiNya..
andai esok masih ada peluang utk membuka mata

"2 perkara yg harus diingat... kebaikan orang lain terhadap kita, dan keburukan kita terhadap orang lain
2 perkara yang harus dilupa.. keburukan orang lain terhadap kita, dan kebaikan kita terhadap orang lain.."

mari belajar berlapang dada..
mmg fitrah manusia sentiasa alpa dan berbuat silap..
ayuh saling mengingati..

Selamat Malam dunia...
p/s: gambar hiasan semata-mata
[mengimbau memori di 川口湖]

Tuesday, December 14, 2010

:)



mencari pohon utk berpaut
kekalkan aku pada JalanMu..
kuatkan hatiku melawan nafsu

mujahadah~ ayuh teruskan bermujahadah.

hari ini hari Selasa





hari ini hari selasa..
sume nya berlaku sprti biasa,
xde ape2 beze..
hanye hari ini lebih panas berbdg semalam
alhamdulillah...

ku mahu berlari dan terus berlari mngejar cintaNya...

"(iaitu) orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Dan ingatlah, dengan hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang. "
[13:28]

Sunday, December 12, 2010

knock2

knock2
i'm knocking the door.
waiting for u outside..
but still no reply

knock2
i'm still knocking
hoping for at least you could get out of the door..
but u don't

and i'm not going to knock anymore

p/s: tiada kaitan dgn isu semasa.. cume mahu practise english yg dirasekan makin x pandai

mati sia sia?

perjalanan di pagi hari mmg menuntut pengorbanan, menuntut kekuatan, menuntut kesabaran...
moga setiap langkahan diiringi dgn barakahMu...
sedang berdiri dalam timbunan sardin menuju Shibuya, sejenak terfikir..
andai aku mati skrg.., redhakah Allah dgn aku?
akan sampaikah aku ke syurga?
layakkah hamba ini mengadap wajah Tuhannya..?
Astaghfirullah... hati menangis mengenangkannya..

tidak!
aku masih belum mahu mati..
hati kecil memberontak..
Astaghfirullah..

duhai hati..
mati itu pasti..
sudah tertulis ajalmu dalam lembaran yang telahpun kering..
kau xkn mampu menunda, mempercepat hatta sedetik pun..

duhai hati,
sebaliknya katakanlah..
aku tidak mahu mati dalam keadaan Allah benci padaku, 
Aku tidak mahu mati dalam keadaan leka padaNya..

tetapi
aku mahu mati ketika memperjuangkan KalimahNya..
aku mahu mati dalam keadaan sentiasa merinduiNya..
aku mahu mati tatkala bibir basah dgn zikrullah..

lantaran itu..
utk ape lg kau bersenang lenang sekarang?
kuatkan langkahan ke depan
seolah2 mati sedang mengejarmu..
ayuh..
andai mati dtg menerpa..
moga mati mu itu dalam RedhaNya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim. " [3:102]

Saturday, December 11, 2010

2 tetamu kecil




kring2!
ku terima panggilan dr seorang teman di tgh mlm,
katenye ade 2 org ingin menumpang tidur...
ku redah pekat mlm menjemput mereka..
Alhamdulillah bisa ketemu jua..

tetamu kecil itu,
mereka sungguh riang berbicara, 
mereka sungguh akrab dan mesra berdua..
oh alangkah indahnya.

kini tetamu kecil sudah pulang..
moga mereka selamat sepanjang perjalanan...
dan moga mereka sudi menjadi tetamu rumah usang ini lagi


Super MuSliMah

ku mahu jd seorang super...!
bukan superman, bukan superstar...
tp Super Muslimah..


yg x gentar mengharungi dugaan di dunia..
yg matlamatnya Allah semata mata
yg tahu tujuan hidupnya..
sbgai hamba..
juga khalifah

Friday, December 10, 2010

Sayonara AutuMn

keindahan musim luruh bakal bertukar dgn kedinginan musim sejuk,
biarpun tanpa salji, kedinginan tetap mencengkam sanubari [ chewah ]
bumi asing tetap bumi Allah..



 [sekadar berkongsi keindahan bumi asing ini, Subhanallah, tidaklah Allah menciptakan ini sia-sia ]

[ inilah jalan yg menjd saksi perjalananku ke sekolah, berkatilah setiap langkahku Ya Allah, moga setiap derap langkahku hanya kerana redhaMu..]



"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mngetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun ke dalam kegelapan bumi, dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata ( Lauh Mahfuz)."

[6:59]

moga dosa2 kita juga berguguran umpama setiap helaian daun yg gugur mencecah bumi...
4 Muharam 1432H.. masih belum terlambat memulakan langkah baru.. masih ada masa utk perbetulkan niat dan langkah... masih ada sinar utk bina azam, utk terus bermujahadah... mencari cintaNya..

[ mode cintan cintun seorang hamba ]

iNdahnya ukhwah

tiba2 merindui sahabat2 lama..
indahnya persahabatan yang terbina..
lebih2 lagi atas cintaNya..

kawan2,
saya rindu kalian!

[gmbr tiada kaitan, namun ingin berkongsi keindahan Tokyo Tower di waktu malam]

NikmatMu Ya Rahman....

Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah, kerana masih mengizinkan hambaMu ini bernafas dalam ruang udaraMu, Alhamdulillah... ku masih masih bernafas dalam jiwa hamba...
Alhamdulillah... terima kasih Ya Rahman.. utk setiap nikmat yg Engkau kurniakan....
terkadang kita sbg manusia terlupa akan nikmatNya, apatah lg utk mensyukurinya...
terkadang bila diuji kita rasa dihina, sedangkan itu tanda kasih dan cinta Nya kpd kita, 
juga sebagai kifarat dosa2...

sesekali, pernahkah kita terfikir, apakah itu NIKMAT?
kesenangan? kebahagiaan? kekayaan?
pada pandangan hamba yg masih belum setahun jagung ini..
NIKMAT itu adalah segala2 yg Allah kurniakan pada saya, semenjak sy dicipta sampailah ke akhirnya..
itu termasuklah gembira, sedih, sihat,sakit, marah, geram, dan segala ujian dn rintangan dlm perjalanan hidup saya...
kerana nikmat2 itulah...
sy semakin berusaha utk mendekatiNya..
dan sy berazam utk terus menghargai nikmat2 ini..
hingga akhir hayat saya..
ayuh teman ^^

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Ayat ini menyedarkan sy betapa byknya nikmat yg sy terima dariNya...

" Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. "
[ Hadis Riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah ]

Astaghfirullah
ampunkan hambaMu ini.
atas kelekaan dgn nikmatMu yg x ternilai itu..

Dalam sukar, hitunglah syukurmu, dalam senang, awasilah alpamu..