Sunday, June 13, 2010

13June2010

Assalmualaikum~~
khas utk wanita2..


ISTIMEWANYA MENJADI WANITA
Istimewanya wanita sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Syukur kepada ilahi........

1.      Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2.      Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh

3.      Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

4.      Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

5.      Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6.      Barangsiapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Dan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail a.s.

7.      Tidaklah seorang wanita yang haid itu,kecuali haidnya merupan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "alhamdulillah kulli halin wa astaghfirullah" yang bermaksud "segala puji bagi Allah alam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa". Maka, Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim, aman dari seksaan, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat seperti 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.


8.      Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama rasulullah s.a.w. di dalam syurga.

9.      Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan denga mereka dan mendidik dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.

10.  Daripada aisyah r.ha. "barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"

11.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

12.  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya ( serta menjaga solat dan puasanya ).

15.  Aisyah r.ha. Berkata "aku bertanya kepada rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" jawab baginda, "suaminya" "siapa pula berhak terhadap lelaki ?" jawab rasulullah s.a.w. "ibunya".

16.  Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan ( ramadhan ), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17.  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 )

18.  Apabila seseorang perempua mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat utuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

19.  Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

21.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.

22.  Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

23.  Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.

24.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

25.  Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya ( susu badan ) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikanya.

26.  Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh ( 2 ½ tahun ), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

27.  Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

28.  Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

29.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya. Dan bila dihiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

30.  Apabila seseorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatnya seribu darjat.

31.  Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari mana saja tanpa dihisab.

32.  Mana-mana wanita yang menunggu suaminya sehingga pulang, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suami sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorangpun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

33.  Tidakkah putus ganjaran dari Allah kepada seseorang apabila isterinya yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.

34.  Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

35.  Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36.  Wanita yang melayan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

37.  Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

38.  Dari hazrat muaz "mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka"

39.  Thabit al banani berkata "seorang wanita dari bani israel yang buta sebelah mata sangat baik khidmatnya kepada suami. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suami, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya ).

40.  Pada suatu ketika di madinah, rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" jawab mereka, "tidak" sabda baginda "seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu.tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

sekadar renungan utk semue dn juge diri yg menaip
jazakillah mirah utk sharing =)


No comments: