Friday, October 14, 2011

Sujud Merdeka



Sujud itu...
sujud yang memuliakan, yang meninggikan
sujud itu menundukkan dahi, tetapi
memuliakan muslim yg bertakbir kepada Allah dan bertasbih padaNya
si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yg memusnahkan segala belenggu
Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yg sujud
seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi
Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
meruntuhkan syirik, was-was dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan
kerana hati ada perjalanan yg menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya
lalu mantap dan kuat
terhapuslah setiap penzalim yg sombong
barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagunganNya, rahmat dan keindahannya

Sujud merdeka... sujud yg semata-mata keranaNya
tiada belenggu nafsu, belenggu dunia
Ya Allah.. merdekakan aku dalam setiap sujudku
dalam setiap langkahku
dalam setiap hembusan nafasku
biar semuaNya hanya keranaMu

jom muhasabah
tingkatkan kualiti ibadah
agar rasa taat sbg ubudullah
kian bertambah
bukannya terus goyah
dek kebiasaan
jom!
kita janji nak masuk SYURGA sama2 kan?
jgn tinggal daku
jgn biar daku tinggalkanmu
ayuh... berpimpinan ke syurga Allah
syurga Firdausi...
amin...




(^_^)// yosh! report2.. ingin cepat2 bebas dari belenggu dunia yg makin menghimpit jiwa

1 comment:

Habibah said...

Pimpin tangan ku juga.. Ameen