Thursday, March 31, 2011

sungguh! aku malu...

Alhamdulillah3..
masih mampu bernafas dalam ruang udaraMu.. tanpa perasaan takut mahupun ragu.. kerana ku yakin semua yg berlaku adalah dengan IradatMu.. masih mampu makan makanan yg enak2 dari rezekiMu yg halal.. kerana ku yakin dengan apa yg tertulis utkku.. masih sihat tubuh badan, berjalan ke sana ke mari tanpa halangan.. Alhamdulillah Ya Rahim.. atas nikmat kurniaanMu buat diri ini..

kadang2 ku malu..
melihat org yg serba kekurangan.. namun syukurnya melebihi org yg serba kemewahan
melihat org yg penuh kelebihan.. namun tawadhu' dan zuhudnya melebihi org yg penuh kesusahan
aku malu!
kerana dengan sedikit kesusahan.. aku sudah mula mengeluarkan keluhan..
dengan sedikit kelebihan.. bibit2 riak mula kelihatan..
dengan sedikit mehnah dan ujian, aku sudah mula bosan..
dengan sedikit kesenangan, aku sudah mula melupakan..
aku malu Ya Allah!
betapa aku tidak mensyukuri nikmatMu

Allah... di manakah hambaMu ini sekarang...?







coretan hati kerdil (^^)/

No comments: