Thursday, March 31, 2011

sungguh! aku malu...

Alhamdulillah3..
masih mampu bernafas dalam ruang udaraMu.. tanpa perasaan takut mahupun ragu.. kerana ku yakin semua yg berlaku adalah dengan IradatMu.. masih mampu makan makanan yg enak2 dari rezekiMu yg halal.. kerana ku yakin dengan apa yg tertulis utkku.. masih sihat tubuh badan, berjalan ke sana ke mari tanpa halangan.. Alhamdulillah Ya Rahim.. atas nikmat kurniaanMu buat diri ini..

kadang2 ku malu..
melihat org yg serba kekurangan.. namun syukurnya melebihi org yg serba kemewahan
melihat org yg penuh kelebihan.. namun tawadhu' dan zuhudnya melebihi org yg penuh kesusahan
aku malu!
kerana dengan sedikit kesusahan.. aku sudah mula mengeluarkan keluhan..
dengan sedikit kelebihan.. bibit2 riak mula kelihatan..
dengan sedikit mehnah dan ujian, aku sudah mula bosan..
dengan sedikit kesenangan, aku sudah mula melupakan..
aku malu Ya Allah!
betapa aku tidak mensyukuri nikmatMu

Allah... di manakah hambaMu ini sekarang...?







coretan hati kerdil (^^)/

Monday, March 28, 2011

Alhamdulillah

bangun di pagi hari dgn seribu debaran..
mampukah aku berlapang dada dgn apa yg bakal dilihat sekejap lagi..
laman web dai terus dibuka, lantas --> klik! terpampang la kenyataan yg dah sekian lama ditulis..

Alhamdulillah wa Astaghfirullah...
jauhkan hamba ini dari istidraj!
syukur Ya Allah.. syukur Ya Rahman.. syukur Ya Rahim..
kerana ku tahu ini yg terbaik utkku dariMu..

moga yg baik dapat ku jadikan tauladan, yg buruk dapat kujadikan sempadan..
insyaAllah


coretan hati kerdil (^^)/

Sunday, March 27, 2011

SELFISH?

Assalamualaikum... and ohayou~
bgn meneruskan sisa2 cuti sebelum kembali sibuk menatap buku2 ilmiah. Alhamdulillah, masih hidup dalam keadaan mengingatiNya..
tadi duk kemas rumah.. lipat2 baju, sapu habuk2 sikit. tibe2 terfikir ttg satu perkataan.. SELFISH.. argh! adekah ini saki-baki amarah semalam? Allah.. jadikan hambaMu ini seorang yg sabar dan berlapang dada..
namun, sesekali terfikir.. sepanjang kita hidup di dunia ini.. mengejar kemewahan, kejayaan, kesenangan dn sbgnya.. pernahkah kita fikir situasi org lain..? lebih2 lagi org2 yg berada d sekeliling kita yg dikenali?
ibaratnya seperti kita memandu di lebuhraya, mahu cepat menuju ke satu destinasi.. jalanraya itu seolah-olah kita yg punya...pernahkah kita risau jika di sepanjang perjalanan tersebut, ada pemandu lain yg mungkin sedih, marah, kecewa, terguris, terluka bahkan menderita mungkin dgn sikap kita?

nah, di situ lahirnya sikap TOLERANSI, BERTOLAK ANSUR, SABAR, BERLAPANG DADA..
peringatan utk diri saya juga...
dalam memikirkan keuntungan diri.. fikirkan juga ttg org lain..
kerana org yg hidupnya utk diri sendiri akan mati sia-sia, sedangkan org yg hidupnya memikirkan org lain, akan mati dgn mulia..

bukan ingin mengata sesiapa.. sekadar meluahkan sesuatu yg tiba2 muncul di benak fikiran...
diri ini juga byk khilafnya..
namun apa salahnya memberi peringatan..

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 mukmin.." (51:55)

dan sifat manusia itu sendiri, yg sememangnya sentiasa lupa.. 
jom kita sama2 hidup sambil memikirkan juga keadaan org lain.. ^^

*mode masih berlapang dada*

coretan hati kerdil (^^)/

Friday, March 25, 2011

明日の記憶

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. selamat tiba di bumi sakura..hati mula merindui bumi Malaysia yg baru ditinggalkan.. sedang berteleku di hadapan meja komputer sambil mengenang hari2 semalam.. apa yg telah dilakukan tika Allah kurniakan padaku nikmat sihat dan masa lapang? adakah digunakan sebaik2nya agar iman di dada sentiasa bertambah, agar hati x pernah lupa padaNya, agar diri x hanya mengejar dunia?? utk menyesali yg sudah berlaku itu.. suatu yg sia2.. yg terbaik bagiku adalah meneliti kesilapan semalam agar hari ini lebih sempurna.. muhasabah hari ini utk panduan esok.. dan seterusnya.. itulah 明日の記憶 @ memori hari esok....

wahai diri...
dekatkan diri padaNya.. agar kau tidak sedih dgn peristiwa kelmarin, dan tidak pula takut menghadapi hari2 mendatang..
basahkan lidahmu dengan zikrullah.. agar itu jadi penolongmu di mahsyar nanti..
ingtkan MATI.. kerana itu PASTI.. dan x mampu ditunda/dipercepat barang sesaat..
cukup2lah dgn dunia.. dunia itu x kemana.. kemewahan dan segala isinya tidak sampai sebelah syp nyamuk pun jika ingin dibandingkan dgn akhirat yg penuh dgn keindahan janjiNya..

sesekali terdetik rasa cemburu pada alam..
yg setiap detik tunduk pada perintah penciptaNya..
baik secara sukarela mahupun terpaksa..
sesekali malu dgn diri sendiri..
diberi nikmat iman dan islam utk menilai baik buruk perbuatan..
namun tetap terjatuh ke lembah dosa

tetapi..
apa yg penting, berilah PELUANG!
peluang utk memperbaiki kesilapan semalam
peluang utk merubah diri menjadi yg terbaik
peluang utk terus berjuang berada pada jalanNya
peluang utk masuk syurga!
peluang itu bukannya selalu ada, sesekali tiba.. jgn dilepaskan..
peluang itu tiada jadual waktu seperti bas mahupun kereta api..
rebutlah ia kerana itu mungkin yg terakhir dariNya..

lantas..
peluang itu diambil utk jari2 ini terus gagah menaip setiap bait huruf..
moga ini lebih membawaku padaNya..


coretan hati kerdil (^^)/