Friday, April 2, 2010

Saf-saf Muslimin

Assalamualaikum.

            Alhamdulillah hari ini pun kita masih lagi kita.

Apa yang nak diperkatakan dalam tajuk ini ialah tentang agama kita 



yakni Islam dan juga kaum Muslimin.Saban hari kita selalu 

mendengar seruan di mana-mana sahaja menyeru umat Islam 
bersatu padu, menyeru umat Islam kembali kepada satu dan 

bukannya berpuak-puak seperti sekarang.Apa yang kita semua sedar ialah musuh-musuh Islam sedang dan sentiasa merencanakan rancangan mereka untuk menghapuskan Islam.Kita tahu Allah sendiri telah berfirman yang mana yahudi dan nasrani tidak akan redha dengan kita sehinggalah kita mengikut jejak mereka. Maka kesannya kita dapat perhatikan di mana perempuan berbogel di jalan atau menjadi pelacur di terima di negara-negara barat, tetapi perempuan Islam bertudung atau berpurdah di katakan melanggar hak asasi manusia. Kita juga dapat melihat apabila Hamas berjuang menuntut tanah Palestin mereka dulu digelar pengganas, tetapi agen perisikan israel, mossad yang membunuh pemimpin-pemimpin Islam tiada siapapun yang menggelar mereka pengganas.Lebih-lebih lagi daripada amerika yang selalu lantang tentang hal-hal keganasan. Dunia Islam khususnya telah muak dengan sikap double standard orang-orang kafir ini.Negara-negara Islam pada waktu ini lebih lantang bersuara daripada bertindak, termasuklah negara kita sendiri yang kerap kali menjadi jaguh pertama menghantar MEMORANDUM BANTAHAN. Apa yang kita perlukan sekarang bukanlah lagi memorandum ataupun perarakan membaling telur pada kedutaan. Apa yang kita perlukan adalah kesatuan kaum Muslimin itu sendiri. Kesatuan inilah yang didahagakan umat Islam pada masa kini, persatuan-persatuan Islam telah tumbuh bgaikan cendawan selepas hujan. Tapi malangnya ini BUKANLAH cara untuk menyatukan umat Islam. Ketahuilah umat Islam pada waktu ini dipisahkan oleh benteng-benteng persatuan, parti politik, sempadan negara, profesion adalah disebabkan adanya orang Islam itu sendiri yang tidak faham maksud kesatuan.Lihatlah sekarang rakyat Malaysia ada yang membenci rakyat Indonesia padahal mereka sesama Muslim.Dan pergaduhan UMNO, PAS, PKR yang mana mereka sesama Muslim. Jadi bagaimanakah hati kita hendak saling bertaut dan bersatu?!!! Rasulullah SAW junjungan yang mulia diutuskan dengan satu kalimah yaitu kalimah SYAHADAH. Kita tak perlukan semua kecuali persaudaraan sesama Islam itu sendiri.Wahai kaum Muslimin, hancurkanlah dan pecahkanlah segala benteng-benteng yang memisahkan diantara kita, kita cuma satu, kita bersaudara. Jika saudara seagama kita diserang dizalimi maka janganlah lagi kita berharap pada orang-orang kafir kerana Allah sendiri yang berfirman mereka takkan redha dengan kita,tetapi marilah kita sama-sama saling berganding bahu menyelesaikan sendiri kezaliman saudara kita.Satukanlah tentera-tentera Islam wahai Pemimpin Islam.Satukanlah tanah-tanah kita, satukanlah darah-darah kita dan satukanlah saf-saf kita. Kita tak perlukan kepada bantuan kafir, kita cuma perlukan Allah.Wahai kaum Muslimin mulakanlah langkah pertama kita, pergilah ke surau-surau dan masjid-masjid yang semakin sepi.Hidupkanlah hari-hari kita dengan mengingati Allah SWT dan perihal kaum Muslimin saudara-saudara kita.Fahamilah agama kita Islam InsyaAllah dengan faham akan datang perasaan cinta pada Allah,akan datang khusyuk dalam solat,dan akan datang kesedaran tentang musibah yang melanda umat Islam di seluruh dunia.Kita ditindas di negara-negara eropah,di amerika,di china,di thailand, di filipina,Iraq,Iran,Palestin dan boleh dikatakan di mana-mana bahagian dunia.Selama mana lagi kita harus bersabar? Satukanlah barisan kita dan luruskan saf-saf kita.Jangan biarkan walau satu pun kafir mencampuri urusan kita. Yakinlah dengan hati agama kita Islam agama yang benar !! Yakinlah setiap bait Al-Quran adalah suatu keajaiban !! Jangan kita biarkan lagi kita terus dipisahkan dengan tembok-tembok yang dicipta musuh Islam.

No comments: