Wednesday, May 16, 2012

di sebalik secawan susu

Bismillah.
Alhamdulillah, masih di beri nikmat iman, dan islam. masih mmpu bernafas, biarpun payah.
biarlah. mujahadah.
ingin berkongsi ttg rahsia di sebalik secawan susu.
Firman Allah s.w.t :


A066
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
| (Al-Nahl 16:66) | 



ada apa dgn susu?
kalau dilihat dalam ayat di atas, Allah katakan, susu itu asalnya bercampur antara kotoran dan darah, namun lihatlah, susu yg kita minum hari2; Dutchlady, Megmilk, Meiji ( dan swaktu dengannya), sungguh bersih, lagi berkhasiat. Subhanallah. cantik sungguh ciptaan Allah.
dan susu itu, Allah umpamakan seperti  AMAL YG IKHLAS. walaupun persekitaran luarnya bercampur; tak kira baik mahupun jahat, hasilnya tetap murni (rujuk perkataan arab 'khalisan'), dan bermanfaat, inshaAllah.
itulah ikhlas.

Hatta Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman: Ikhlas itu salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku. Aku titipkan ia di dalam hati hamba-Ku yang Aku cintai.”
[Hadis Qudsi]


Ikhlas itu rahsia antara Allah dan hambaNya. tidak diketahui oleh malaikat untuk dicatat, tidak pula oleh syaitan untuk dirosakkan.

sukarnya ikhlas.
di saat kita rasakan yg hati sudah cukup merelakan, di saat itulah iman digoncang.
sukarnya ikhlas.
kerana itulah, ganjaran utk para mukhlisin sgt mulia di sisiNya.
sukarnya ikhlas.
kerana hati seorang manusia itu berbolak balik,
lebih dari isi periuk yang menggelegak.
sukarnya ikhlas.

tp, mengeluh bukan caranya.
ayuh, mulakan langkah utk ikhlas.
mulakan semuanya dgn Bismillah, akhiri dgn Alhamdulillah.





coretan hati kerdil (^^)/