Tuesday, November 13, 2012

wake me up when september ends

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
hari ni sejuk! menggigil dalam seronok. dah lama menanti musim luruh. menikmati keindahan daun mapel yang merah memekat, dan gugur ke tanah.
sambil berangan, alangkah indah, andai dosaku bisa gugur sebegitu.
namun, x mustahil bukan? kerana Dia Maha Pengampun.
Allahu, malu aku mengingatkan keampunanMu yg jauuuuuh melangkau timbunan dosa2ku.

[sekilas, menggamit memori autumn yg lalu]

minggu terakhir september. minggu paling gembira. rumah paling meriah. seronok! Alhamdulillah. moga berakhirnya september, mampu membangunkan aku dari lena yg cukup panjang ini.
T.T kesal dgn diri yg x mmpu bermujahadah. longlai dgn rentak kefuturan.
malu dgn sahabat2 yg laju menderu arus, seolah2 meninggalkan aku sendiri dalam gerabak dakwah dan tarbiyah.
cukup dgn ramadhan, syawal yg berlalu, yg hanya menjadikan aku tetap aku. diam di situ. malah mungkin terundur ke belakang. dek longlainya iman.

Allah, moga dgn gugurnya daun2 di bumi sakura ini, jadi obsesi utk aku berusaha menggugurkn dosa2ku yg lalu....

trouble is a friend.

Bismillah.
Alhamdulillah, masih bisa bernafas, biarpun makin dingin, makin kering.
Alhamdulillah, masih merasa degup jantung si kecilku, biar lelah.
Alhamdulillah, meski terlalu byk masalah, jiwaku makin mendekat pada Allah.
Alhamdulillah.
terkadang manusia, bila ditimpa ujian, terus mengaduh, " kenapa aku?"
terkadang manusia, bila diuji sedikit kesusahan, terus putus harap, seolah2 dunia telah tamat.
namun, ada segolongan manusia,
makin diuji, makin tabah, malah bisa tersenyum bahagia, kerana tahu itu notis cinta drNya.
golongkan kami dalam golongan ini Ya Allah..
ingatkn kami Ya Allah, di saat kami terlupa.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[ Al-Ankabut, 29: 2 ]

gulp.  takkan diuji hambaNya melainkan kerana kasih.

buat mereka yg diuji, moga Allah kurniakan kalian hati yg lebih tabah.
dan genggamlah tabah itu seerat2nya.

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA

segenggam tabah. moga bisa menghibur jiwa yg gundah.


coretan hati kerdil (^^)/

Friday, August 31, 2012

i should be strong. no. stronger

Bismillah. Ar-rahman. Ar-rahim.
Alhamdulillah. masih mampu bernafas meski payah.
sedih dgn ramadhan yg berlalu, pedih dgn syawal yg makin meninggalkan.
masihkah sama aku di takuk lama?
atau, sudah jauh ketinggalan??
Allah, ampunkan kefuturan hambaMu ini.
meski nikmat dariMu datang silih berganti,
hamba ini tetap jua tidak kembali mendekat, malah semakin liat.
Allahu,
kekuatanMu aku pohon,
utk menjalani detik2 seterusnya dgn cekal.
Allahu,
meski sudah tidak layak diri ini meminta.
namun ku panjatkan jua,
kerana ku yakin,
Kau pemilik segala.
ampuni aku Ya Rabb, ampuni dia Ya Rabb,
ampuni mereka Ya Rabb, ampuni kami Ya Rabb.

buat si kecil yg kusayangi,
jadilah permata hati ayah dan umi,
ayuh, berjuang bersama kami.
moga kehadiranmu sayang
kini, kelak dan selamanya,
jadi kekuatan buat umi dan ayah,
utk meneruskan hidup sebagai hamba,
mencari redhaNya.

Allahu...
hambaMu yg kerdil.

nota : Salam kemerdekaan ke 55. moga jiwa kita juga merdeka, dan mmpu melaksanakan ibadah yg merdeka juga :)
| janji ditepati |

"maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada waktu petang dan pagi." [40:55]

Wednesday, May 16, 2012

di sebalik secawan susu

Bismillah.
Alhamdulillah, masih di beri nikmat iman, dan islam. masih mmpu bernafas, biarpun payah.
biarlah. mujahadah.
ingin berkongsi ttg rahsia di sebalik secawan susu.
Firman Allah s.w.t :


A066
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
| (Al-Nahl 16:66) | 



ada apa dgn susu?
kalau dilihat dalam ayat di atas, Allah katakan, susu itu asalnya bercampur antara kotoran dan darah, namun lihatlah, susu yg kita minum hari2; Dutchlady, Megmilk, Meiji ( dan swaktu dengannya), sungguh bersih, lagi berkhasiat. Subhanallah. cantik sungguh ciptaan Allah.
dan susu itu, Allah umpamakan seperti  AMAL YG IKHLAS. walaupun persekitaran luarnya bercampur; tak kira baik mahupun jahat, hasilnya tetap murni (rujuk perkataan arab 'khalisan'), dan bermanfaat, inshaAllah.
itulah ikhlas.

Hatta Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman: Ikhlas itu salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku. Aku titipkan ia di dalam hati hamba-Ku yang Aku cintai.”
[Hadis Qudsi]


Ikhlas itu rahsia antara Allah dan hambaNya. tidak diketahui oleh malaikat untuk dicatat, tidak pula oleh syaitan untuk dirosakkan.

sukarnya ikhlas.
di saat kita rasakan yg hati sudah cukup merelakan, di saat itulah iman digoncang.
sukarnya ikhlas.
kerana itulah, ganjaran utk para mukhlisin sgt mulia di sisiNya.
sukarnya ikhlas.
kerana hati seorang manusia itu berbolak balik,
lebih dari isi periuk yang menggelegak.
sukarnya ikhlas.

tp, mengeluh bukan caranya.
ayuh, mulakan langkah utk ikhlas.
mulakan semuanya dgn Bismillah, akhiri dgn Alhamdulillah.





coretan hati kerdil (^^)/

Friday, April 13, 2012

Sakura oh sakura

bismillah..
April yg menjanjikan sakura yg sementara... Alhamdulillah, masih punya ruang bernafas dalam jiwa hamba.. hidup sebagai pelajar tahun akhir bermula.. ku sangka indah, namun jelas, lelah! Namun, Alhamdulillah, Dia ingin mengajarku pengurusan masa, yg nyatanya payah! Astaghfirullah, ampunkan aku ya Allah, yg lalai di kala lapang...
syukur, kerna masih diberi peluang.

2 minggu sudah berlalu..
masih terpinga2 dgn kehidupan baru
moga Allah terus dan terus memberi kekuatan..
hidup baru..
tanggungjawab baru..
moga diberi kesempatan utk menunaikan hak2 mereka..

* sakura yg indahnya sementara, mengingatkn aku ttg dunia dan seisinya. cukup indah, namun wujidnya cuma seketika...
* Allah, jgn Kau tenggelamkan kami dalam nikmat dunia yg sementara..
* Allah, tinggikan obsesi kami pada syurgaMu yg abadi

Saturday, March 31, 2012

Nafas Baru :)

Bismillah..
Alhamdulillah.. kali ini dgn nafas baru. mencari kekuatan dulu yg hilang. mencari semangat dulu yg pudar. dulu sendiri, kini sudah berteman. :) Alhamdulillah.. terima kasih Allah, kerana pinjamkan aku seseorang yang cukup istimewa. Restuilah rumahtangga kami, sehingga ke syurga...
Perjalanan kali ini, pasti lebih sukar, dugaan dan cabaran kian menebal, bekal harus terus dan terus bertambah. 
Perjalanan kali ini, perlu semangat dari dua hati, perlu persefahaman yg padu utk terus maju, terus mengorak langkah..
Ya Allah, 
terimalah kami sbgi pasangan yg Kau redhai..
dekatkan hati2 kami kepadaMu..
terimalah aku sebagai penemannya sehingga syurgaMu yang abadi...






::bicara seorang hamba ::

Monday, January 9, 2012

khilaf manusia

Bismillahirrahmanirrahim...
lembaran 2012 dibuka.. 2011 ditinggalkan penuh memori suka dan duka.. yg berlalu, biar berlalu, yg baik ditingkatkan, yg sebaliknya ditinggalkan..
apa azam tahun baru semua??
moga-moga terus-terusan berjuang, hidup di bawah naungan rahmatNya...
muhasabah hari semalam.. menilai baik buruk amalan, agar kelak dihisab dengan senang..
khilafnya manusia.. bersangka tanpa usul periksa, sekadar memerhati bukannya meneliti, 
Astaghfirullah.. Alhamdulillah.. 2011 banyak mengajar diri ini erti sebenar nikmat persaudaraan semata2 keranaNya..
Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.
Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?
Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”




di kala kita merasakan kita sudah cukup menyayangi seseorang,
Allah datangkan ujian.. lantas lahir prasangka.. ukhwah mula goyah.. hati mula resah..
di waktu itu, kembalikanlah semuanya pada Allah..
mintalah penyelesaiannya dari Allah..
kerana Allah punya segalanya..
Allah.. teguhkan hati kami atas jalanMu...

Akhwati fillah.. maafkan kekuranganku yg terlalu banyak menguji iman kalian..