Wednesday, December 22, 2010

ku impi syahid di jalanMu

"kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan,"
(Hadith Riwayat Muslim)

Ya Allah...
tanamkan sifat ingin syahid dalam hatiku..
letakkan dunia ditanganku, bukan hatiku...

Tuesday, December 21, 2010

tanya sama hati..

ku tanya sama hati..
apa khabar iman...
kata hati: kau tanyalah iman
lantas ku tanya iman khabarnya..
kata iman: kau tanyalah hati
...................................

Ya Allah.. 
ingatkanlah hambaMu ini dikala futur..

Thursday, December 16, 2010

oh aNgin...

hari ini mau berkongsi satu cerita ttg angin... dan monyet..
mendapat mail dr seorang teman



Tersebutlah al-kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.


Mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.


Kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.


Akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.


tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...


ehh..nanti dulu...hehe..tau tak apa pengajaran yang ingin disampaikan dalam cite ni? ini bukan sekadar cerite tapi mempunyai makna tersirat.


Sebenarnya kisah di atas ini mempunyai kaitan yang sgt2 rapat dengan kita sebagai manusia. hidup kita penuh ujian bukan? haa..jangan ingat ujian itu kesusahan semata. hakikatnya kesenangan yang kita ada juga adalah ujian. malah lebih bahaya kerana ianya tak nampak oleh kita. stuju dengan saya?


Kita selalu akan kembali kepada fitrah, iaitu kembali pada Allah bila kita menghadapi kesusahan bukan? tapi berapa ramai antara kita yang mengingati Allah ketika kita dalam keadaan senang lenang? tak ramai...tak ramai. bila kita ditimpa kesusahan, kesempitan dan kesedihan, Allah lah tempat kita mengadu, memohon pertolongan. dada ini terasa sempit, tidak tenang, gelisah, susah dan menangis bila datangnya sesuatu ujian. namun ia sebenarnya satu petanda menunjukkan Allah sayang pada kita. malah lebih sayang pada kita. kerana Dia sentiasa menunggu2 hambaNya meminta2, merayu2 pada Dia.


semakin banyak ujian/mehnah yang kita terima sebenarnya semakin dekat kita dengan Allah. seperti mana kisah monyet di atas, semakin kuat angin yang diterimanya, semakin kuat sang monyet berpaut pada dahan pokok.


Firman Allah:Sesungguhnya, orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu." (Al-Fussilat 41:30)

Wednesday, December 15, 2010

...saya NAK ke syurga ...

saya mahu ke syurga..
ungkapan yg sungguh senang dilafazkan..
namun payah utk direalisasikan..
sejauh mana usaha kita utk mendapat TIKET ke syurga..?

setinggi mana azam dan tekad kita utk mendapatknnya..?
cuba fikirkan...
azam manakah yang lebih tinggi?
nak lulus cemerlang exam atau syurga?
nak dapat banyak duit atau syurga..?
manakah yang kita sdg kejar sebenarnya..?

"Kamu berkata NAK masuk syurga, tetapi kamu tidak melalui mana-mana jalan menuju ke syurga... Sesungguhnya perahu takkan belayar di atas tanah... "
[ Pepatah Arab]

Astaghfirullah..
di atas jalan manakah kita sekarang ini..?
jika masih di atas jalanNya.. Alhamdulillah..
jika terpesong ke jalan lain.. Astaghfirullah.. 
masih ada masa untuk kembali ke jalan Allah, 
jalan menuju syurga,
jalan menuju RedhaNya..

tepuk dada, tanya iman..





p/s: pesanan ini khas utk diri sendiri..moga lebih kuat utk bermujahadah

"Katakanlah: inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin.... "
[12:108]

p/s lagi: ku ingin terus berlari menggapai awan, hingga ku bisa tunduk melihat bintang... 

..Sahabat...


satu hadis yg ingin dikongsi bersama..
utk semua yg bergelar sahabat..
mari berusaha menjadi sahabat yang baik..
yg senantiasa mengingatkan sahabat kita kpd Allah

Dari Anas, Rasulullah SAW bersabda, 
"Dan perumpamaan sahabat yg baik itu bagaikan penjual minyak wangi kasturi, jika minyak kasturi itu tidak mengenaimu, maka kamu akan mencium bau wanginya. Dan perumpamaan sahabat yg jelek adalah seperti tukang pandai besi, jika kamu tidak kena arangnya (percikannya), maka kamu akan terkena asapnya."
(HR. Abu Dawud).


[current mood : rindu sahabat2 lama.. Ya Allah , permudahkanlah urusan seharian mereka]

sebelum mata terlena...

sebelum mata terlena..
maafkanlah kesalahan insan..
andai esok sudah tiada lagi buat kita..
sebelum mata terlena..
mohon ampun dan taubat pada Sang Pencipta..
andai esok ditakdirkan kita sudah tidak bernyawa...
sebelum mata terlena..
fikirkan apa yang bakal kita perjuangkan demiNya..
andai esok masih ada peluang utk membuka mata

"2 perkara yg harus diingat... kebaikan orang lain terhadap kita, dan keburukan kita terhadap orang lain
2 perkara yang harus dilupa.. keburukan orang lain terhadap kita, dan kebaikan kita terhadap orang lain.."

mari belajar berlapang dada..
mmg fitrah manusia sentiasa alpa dan berbuat silap..
ayuh saling mengingati..

Selamat Malam dunia...
p/s: gambar hiasan semata-mata
[mengimbau memori di 川口湖]

Tuesday, December 14, 2010

:)



mencari pohon utk berpaut
kekalkan aku pada JalanMu..
kuatkan hatiku melawan nafsu

mujahadah~ ayuh teruskan bermujahadah.

hari ini hari Selasa





hari ini hari selasa..
sume nya berlaku sprti biasa,
xde ape2 beze..
hanye hari ini lebih panas berbdg semalam
alhamdulillah...

ku mahu berlari dan terus berlari mngejar cintaNya...

"(iaitu) orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Dan ingatlah, dengan hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang. "
[13:28]

Sunday, December 12, 2010

knock2

knock2
i'm knocking the door.
waiting for u outside..
but still no reply

knock2
i'm still knocking
hoping for at least you could get out of the door..
but u don't

and i'm not going to knock anymore

p/s: tiada kaitan dgn isu semasa.. cume mahu practise english yg dirasekan makin x pandai

mati sia sia?

perjalanan di pagi hari mmg menuntut pengorbanan, menuntut kekuatan, menuntut kesabaran...
moga setiap langkahan diiringi dgn barakahMu...
sedang berdiri dalam timbunan sardin menuju Shibuya, sejenak terfikir..
andai aku mati skrg.., redhakah Allah dgn aku?
akan sampaikah aku ke syurga?
layakkah hamba ini mengadap wajah Tuhannya..?
Astaghfirullah... hati menangis mengenangkannya..

tidak!
aku masih belum mahu mati..
hati kecil memberontak..
Astaghfirullah..

duhai hati..
mati itu pasti..
sudah tertulis ajalmu dalam lembaran yang telahpun kering..
kau xkn mampu menunda, mempercepat hatta sedetik pun..

duhai hati,
sebaliknya katakanlah..
aku tidak mahu mati dalam keadaan Allah benci padaku, 
Aku tidak mahu mati dalam keadaan leka padaNya..

tetapi
aku mahu mati ketika memperjuangkan KalimahNya..
aku mahu mati dalam keadaan sentiasa merinduiNya..
aku mahu mati tatkala bibir basah dgn zikrullah..

lantaran itu..
utk ape lg kau bersenang lenang sekarang?
kuatkan langkahan ke depan
seolah2 mati sedang mengejarmu..
ayuh..
andai mati dtg menerpa..
moga mati mu itu dalam RedhaNya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim. " [3:102]

Saturday, December 11, 2010

2 tetamu kecil




kring2!
ku terima panggilan dr seorang teman di tgh mlm,
katenye ade 2 org ingin menumpang tidur...
ku redah pekat mlm menjemput mereka..
Alhamdulillah bisa ketemu jua..

tetamu kecil itu,
mereka sungguh riang berbicara, 
mereka sungguh akrab dan mesra berdua..
oh alangkah indahnya.

kini tetamu kecil sudah pulang..
moga mereka selamat sepanjang perjalanan...
dan moga mereka sudi menjadi tetamu rumah usang ini lagi


Super MuSliMah

ku mahu jd seorang super...!
bukan superman, bukan superstar...
tp Super Muslimah..


yg x gentar mengharungi dugaan di dunia..
yg matlamatnya Allah semata mata
yg tahu tujuan hidupnya..
sbgai hamba..
juga khalifah

Friday, December 10, 2010

Sayonara AutuMn

keindahan musim luruh bakal bertukar dgn kedinginan musim sejuk,
biarpun tanpa salji, kedinginan tetap mencengkam sanubari [ chewah ]
bumi asing tetap bumi Allah..



 [sekadar berkongsi keindahan bumi asing ini, Subhanallah, tidaklah Allah menciptakan ini sia-sia ]

[ inilah jalan yg menjd saksi perjalananku ke sekolah, berkatilah setiap langkahku Ya Allah, moga setiap derap langkahku hanya kerana redhaMu..]



"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mngetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun ke dalam kegelapan bumi, dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata ( Lauh Mahfuz)."

[6:59]

moga dosa2 kita juga berguguran umpama setiap helaian daun yg gugur mencecah bumi...
4 Muharam 1432H.. masih belum terlambat memulakan langkah baru.. masih ada masa utk perbetulkan niat dan langkah... masih ada sinar utk bina azam, utk terus bermujahadah... mencari cintaNya..

[ mode cintan cintun seorang hamba ]

iNdahnya ukhwah

tiba2 merindui sahabat2 lama..
indahnya persahabatan yang terbina..
lebih2 lagi atas cintaNya..

kawan2,
saya rindu kalian!

[gmbr tiada kaitan, namun ingin berkongsi keindahan Tokyo Tower di waktu malam]

NikmatMu Ya Rahman....

Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah, kerana masih mengizinkan hambaMu ini bernafas dalam ruang udaraMu, Alhamdulillah... ku masih masih bernafas dalam jiwa hamba...
Alhamdulillah... terima kasih Ya Rahman.. utk setiap nikmat yg Engkau kurniakan....
terkadang kita sbg manusia terlupa akan nikmatNya, apatah lg utk mensyukurinya...
terkadang bila diuji kita rasa dihina, sedangkan itu tanda kasih dan cinta Nya kpd kita, 
juga sebagai kifarat dosa2...

sesekali, pernahkah kita terfikir, apakah itu NIKMAT?
kesenangan? kebahagiaan? kekayaan?
pada pandangan hamba yg masih belum setahun jagung ini..
NIKMAT itu adalah segala2 yg Allah kurniakan pada saya, semenjak sy dicipta sampailah ke akhirnya..
itu termasuklah gembira, sedih, sihat,sakit, marah, geram, dan segala ujian dn rintangan dlm perjalanan hidup saya...
kerana nikmat2 itulah...
sy semakin berusaha utk mendekatiNya..
dan sy berazam utk terus menghargai nikmat2 ini..
hingga akhir hayat saya..
ayuh teman ^^

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Ayat ini menyedarkan sy betapa byknya nikmat yg sy terima dariNya...

" Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. "
[ Hadis Riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah ]

Astaghfirullah
ampunkan hambaMu ini.
atas kelekaan dgn nikmatMu yg x ternilai itu..

Dalam sukar, hitunglah syukurmu, dalam senang, awasilah alpamu..

Sunday, October 10, 2010

Kuatkan hati ini Ya Allah

Tatkala mulut sudah penat menyusun bicara,
hati sudah pedih menahan rasa,
akal sudah lesu memikirkn yg seterusnya...
andai itu takdirnya..
hambaMu ini redha Ya Allah..
sungguh aku redha Ya Allah...
andainya mmg ditakdirkn, jln kami dipersimpangn ini..
sudah tidak lagi sehaluan...
aku redha Ya Rahman..
moga kami masih bisa ketemu di penghujung yg satu...
di syurga sana...
namun Ya Rahim..
hambaMu ini ttp meminta
supaya akan tiba suatu ketika..
di mana kami bisa berjalan seiringn..
mampu bergandingan
bersama2 menempuhi duri2 di sepanjang jalan...
jalan al-haq.........
yg pastinya menagih sejuta pengorbanan..
dan di akhir nanti teselit kemanisan tanpa sempadan..

duhai serikandi~
teruskan berlari ke depan..
biar tersungkur.. biar terjatuh..
ayuh bgn teruskn perjuangan!!!
kepadaMu Allah... ku pohon kekuatan....

"Dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat....."
2:45

Friday, October 1, 2010

lupe diri?

Assalamualaikum...
Alhamdulillah3..
masih diberi peluang bernafas dalam ruang keimanan,
masih sempat berpijak kembali ke bumi sakura yg kian dingin,
masih bisa meneruskan saki baki perjuangan ini,
masih mampu merasai nikmat kurniaan Ilahi...
dlm kedinginan mlm...
bumi tercinta yg baru saja ditinggalkan muncul dalam ingatan..
terkenang ibu dan ayah tercinta...
yg tidak pernah berhenti menggembleng tenaga
terkenang keluarga.. sanak saudara..
yg jd teman setia kala suka mahupun hiba
terkenang insan2 yg byk berjasa..
sesekali tersentak... aku ini lupe diri nampaknya....
sombong menyepi di kala gembire...
tercari2, menggapai di saat hiba!
alangkah hinanya seorang insan bernama aku...
lupakah engkau?
pada mereka yg turut behempas pulas demi kesenangan dan keselesaanmu sekarang?
tidak!!! sekali pon tidak pernah Ya Allah..
sekalipun tidak...
biarpun menyepi tanpa khabar berita...
doa ku pada mereka tetap mengiringi
selagi ada waktu...
selagi jantung berdegup

Ya Allah...
Kau limpahkanlah ke atas mereka Rahmat dan kasih sayangMu...
permudahkanlah urusan seharian mereka..
berkatilah kehidupan mereka....
dan ampunkanlah dosa2 mereka..
amin ya rabbal alamin..

Monday, August 2, 2010

Alhamdulillah3

assalamualaikum..
alhamdulillah3.. 
terima kasih Ya Allah..
atas nikmat yg Kau kurniakan tidak putus2 hari ini..
walaupun smlm x boleh tidur..
setelah puas ku pejamkan mata... 
Alhamdulillah Kau kurniakan nikmat utk ku tidur selesa..
walaupun bermimpi ngeri yg daku sendiri x mengerti..
Alhamdulillah..
Kau kurniakan lagi nikmat utk ku bgn di awl pagi..
utk menunaikan kewajipan sbg hambaMu..
utk meneruskan perjuangan demiMu..
Alhamdulillah..
mata ini terus bertahan hingga saat ini..
hati ku terus terpaut padaMu hingga detik ini..
Alhamdulillah...
pertama kali merasa manisnya nikmat berusaha keranaMu Ya Rabb
biarpun tak kutahu entah berapa markah yg bakal ku terima
entah saishi entah sairi
namun Ya Allah..
Kau kurniakan juga kemanisan itu..
Alhamdulillah..
Ya Allah..
hati ini memohon.. supaya tidak terlalu gembira dgn kemanisan ini..
tidak bongkak dgn nikmat yg diberi,..
Wahai Pemilik hati2..
moga hati ini terus terpaut padaMu..
hingga longlai kembali menghadapMu..

Amin...

"Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan."
(An-Nahl,16:53)

Saturday, July 31, 2010

\(^-^)/

Assalamualaikum
buat shbt2 yg sdg bersedih mahupun bergembira..
ingtlah.. Allah sentiasa bersama hambaNya..

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakanlah bahawa Aku DEKAT, aku akan MENGABULKAN permohonan orang yang berdoa apabila memohon kepadaKu" (2 : 186)

cume kita sbgi hamba..
sentiasakah kita cuba meluangkan masa utkNya...?
sudahkah kita menunaikan kewajipan sbg hambaNya?
Astaghfirullah




"Setiap bencana yg menimpa di bumi dan yg menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bg Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yg luput dr kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yg diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak meyukai setiap org yg sombong dan membanggakan diri, iaitu orang-orang yg berbuat kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dr perintah-perintah Allah), maka sesungguhnya Allah, Dia Maha Kaya, Maha Terpuji." (57:22~24)



utk kwn2 yg masih berjuang utk exam..
bitaufik wannajah~~
最後まで力出せ!!
Allah x memandang keputusan.. tp Allah memandang USAHA hambaNya..
selagi masih ada masa...
mari berusaha ^^
dlm mase yg same.. betulkn niat..
utk apa kite berusaha..

 "Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnyanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diinginkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

utk yg dh abis shiken..
otsukaresama desu..^^
teruskan bertawakkal...

jya~ mahu sambung berusaha
皆も頑張ってね <3 <3 <3

salam sayang dr yokohama

bertahanlah wahai hati..



wahai hati.. 
di saat getir ini,,,
bertahanlah kamu di situ...
jgnlah berputus asa...
teruskan usaha..
teruskan langkah.. 
biarpun longlai..
biarpun lesu..
biarpun perlahan..
biarpun hampir terhenti..
biarpun terkaku...

kerana akan tiba saat..
pabila longlai menghilang,
pabila lesu makin pudar..

wahai hati..
kuatkn penghrpnmu pada pemilikMu..
kuatkan pergantungan mu pd penciptaMu...
jgn pernah kau kesal dgn ketentuanNya..
krn hanya Dia Yang Maha Tahu yg terbaik utkmu

wahai hati..
cukuplah dgn Dia kau mengadu nasibmu..
cukupah dgn dia kau merintih..
cukuplah!
hanya kerana Dia..
Dia adalah segala2nya..

Wednesday, July 14, 2010

hisashiburi!

Assalamualaikum dunia...
hisashiburi!
rasenye ni first entry utk July.. walopn dah tgh bulan..
nak kate sibuk.. xde la sgt kot..
sbb sume org punye waktu yg same kan..?
xde org yg terlebih atau terkurang hatta sesaat pon..
jd...
kite kne la pandai bhgi masa...
cheewahh.. ni pesanan utk diri sendiri ni..

soro2 nk kimatsu kan..
mule menggelabah..
tataw nk mula dr mane..
report pule dtg menimbun2..
kadai apetah lagi..
waktu ni lah syaitan mula berbisik..
iman mula goyah..
hati mula resah gelisah..

YaAllah permudahkanlah..
segala ketentuan itu di tanganMu Ya Rabb..
aku memohon dgn sgt rendah hati..
kuatkanlah hati hambaMu ini..
ingtkanlah hambaMu ini di kala terlupa Ya Allah...

sorejya..
peringatan utk hari ini..
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur."
Surah An-Nahl, 16:78

oklah~
sambung berjuang....


Friday, June 18, 2010

hari ini saye sedih

Assalamualaikum dunia...
hari ini saye sedih..
sbb saye sakit perut..
terpakse ponteng klas..
sgtlah sakit..
mmg x mampu begerak langsung..
terus terfikir..

Ya Allah...
inikah kifarat dosa2ku yg lalu..?
jika ini mampu menghapuskan dosa2 lampauku..
aku redha Ya Rahman..
jika ini mampu mendekatkan ku dgn Mu..
aku redha Ya Rahim..
jika ini yg terbaik utkku..
aku sanggup tempuhinya..

hari ni juge saye sedih..
sbb saye rase ade org x suke saye..
wlaupon hakikatnye mungkin x..
tp saye rase sedih jugak
saye rase saye sorg2..
tade sape maw kwn ngan saye..
tp xpe..
sbb esok saye akn jumpe dgn org2 yg sgt sygkan saye,..
dan sy pon sgt sygkan dorg..
demi hanya kerana Dia..
Ya Allah..
berkatilah pertemuan kami Ya Allah...
semoga kami bertemu dalam redhaMu..
bukan dalam  murkaMu..
moga kami dalam ampunanMu Ya Rabb

hari ini saye rase sedih
sbb sy nak wat kadai ( keje sekolah)
tp saye x reti
dan jadi lagi down
lalu saye tutup buku..
Ya Aziz..
berikan hati ini kekuatan..

tapi di sebalik kesedihan tu semua..
saye gembire
saye bersyukur
saye terharu
sbb
saye ade Allah..
dan Allah masih ingt saye..
sbb tu ALlah bg saye sakit..
sbb Allah pon nk saye ingt padaNya..
Alhamdulillah3...
terima kasih Ya Allah...

Tuesday, June 15, 2010

bila saye tiada mood

Assalamualaikum..
skrg sgt tiade mud utk buat ape2..
tetapi terase mottainai (rugi)  utk tidur...
nk blaja tp x masuk dlm otak..
nk mkn tp dah xde ape2..
nk lyn anime tp tataw nk tgk citer ape..
nk jln2 tp dh tgh malam..
nk tulis blog pon sebenarnye tade idea..
tp tetap maw menulis
dan menulis 
dan terus menulis

gambar tiade motif.. ini adelah Ginza

Hari ini hari Selase
Pagi2 bute dah mentelaah 微分方程式 (differential equation)..
disusuli 無機学 (inorganic chemistry)
yg isi kandungannye sekadar lalu d celah telinga
keyabaian utk kimatsu makin terase..
tp hati x penah insap nk blaja
asek menghitung hari balik Malaysia...
haihh=.="
rehat tghari mkn onigiri..
mmg itu je santapan rasmi..
sambung balik klas English..
sume org kene bentangkan metaphor masing2..
tup2.. aku juge org pertama..
haihh
metaphorku berbunyi begini...

If we compare the period we stay on this world with the world after, it will be like comparing a grain of sand with the earth itself. For, we only live for a few years on this world but for eternity in the world after. If we divide the few years to the eternity, we will find that the life on this earth does not have any value at all.

setelah mndpt tepukan gemuruh dr sensei.. 
tetbe beliau berkate..
Syahylah.. that wasn't metaphor..
we only use metaphor to describe real numbers..
but eternity is not real number.. it is BEYOND numbers
that's what we call poetry
aduss
dpt sebijik
xpe2..
kalu x salah, x blaja...
( cover malu pon ade)
pastu tibe la waktu 分析化学 (analytical chemistry)
ohh..
hari ini penuh dgn senmon~~
sungguh meletihkan

esok pule hari Rabu
bakal meneruskan 実験(experiment) 
bersame kulat kesayanganku..
gambatte chah~~

sate, ape pengajaran di sini...?
一番言いたいことは??

"pada hari ketika mereka melihat kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan- akan hanya (sebentar sahaja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.."
Surah An-Nazi'at, 79:46

 bukan ni saje,, Allah dah byk kali ingtkan kite...  dunia ni sementare.. akhirat tu kekal selamanya...
marilah kite same2 berusehe utk mencapai kebahagian yg 'eternity' itu..
insyaAllah..

Ya Allah.. aku mohon padaMu..
redhailah setiap langkahku menuju jalanMu..


renung2kan.. selamat beramal...^^




Sunday, June 13, 2010

13June2010

Assalmualaikum~~
khas utk wanita2..


ISTIMEWANYA MENJADI WANITA
Istimewanya wanita sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Syukur kepada ilahi........

1.      Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2.      Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh

3.      Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

4.      Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

5.      Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6.      Barangsiapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Dan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail a.s.

7.      Tidaklah seorang wanita yang haid itu,kecuali haidnya merupan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "alhamdulillah kulli halin wa astaghfirullah" yang bermaksud "segala puji bagi Allah alam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa". Maka, Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim, aman dari seksaan, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat seperti 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.


8.      Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama rasulullah s.a.w. di dalam syurga.

9.      Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan denga mereka dan mendidik dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.

10.  Daripada aisyah r.ha. "barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"

11.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

12.  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya ( serta menjaga solat dan puasanya ).

15.  Aisyah r.ha. Berkata "aku bertanya kepada rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" jawab baginda, "suaminya" "siapa pula berhak terhadap lelaki ?" jawab rasulullah s.a.w. "ibunya".

16.  Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan ( ramadhan ), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17.  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 )

18.  Apabila seseorang perempua mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat utuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

19.  Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

21.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.

22.  Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

23.  Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.

24.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

25.  Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya ( susu badan ) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikanya.

26.  Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh ( 2 ½ tahun ), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

27.  Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

28.  Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang menangis, Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

29.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya. Dan bila dihiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

30.  Apabila seseorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatnya seribu darjat.

31.  Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari mana saja tanpa dihisab.

32.  Mana-mana wanita yang menunggu suaminya sehingga pulang, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suami sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorangpun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

33.  Tidakkah putus ganjaran dari Allah kepada seseorang apabila isterinya yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.

34.  Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

35.  Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36.  Wanita yang melayan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

37.  Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

38.  Dari hazrat muaz "mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka"

39.  Thabit al banani berkata "seorang wanita dari bani israel yang buta sebelah mata sangat baik khidmatnya kepada suami. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suami, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya ).

40.  Pada suatu ketika di madinah, rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" jawab mereka, "tidak" sabda baginda "seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu.tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

sekadar renungan utk semue dn juge diri yg menaip
jazakillah mirah utk sharing =)


Thursday, June 10, 2010

hati oh hati

assalamualaikum..
hari ni rase x tenang semacam..
knape ye..?
rase lemah..
rase hati penuh dgn hasad dengki..
n pemikiran yg negatif..
Ya Allah bantulah hambaMu ini..
wahai hati..
kuatkanlah semangatmu..
mana janjimu utk terus berlari bersama mereka..?
wahai hati..
sucikanlah dirimu..
dr fikiran2 negatif...
dr angan2 yg sia2
yg x mampu memimpin ku ke jln Nya
wahai hati...
jauhkanlah dirimu..
dr tarikan syaitan
yg semestinya melemahkanmu..
memesongkan perjuanganmu..
wahai hati..
marilah same2 bejuang dgn diriku..
pisahkanlah dirimu dari kesenangn dunia
mari berjuang mencari redhaNya...
menuju syurga...
aminnn

Thursday, May 27, 2010

perjalanan mencari diri sendiri...

Assalamualaikum...
ditemani hujan renyai-renyai...
angin sepoi - sepoi bahasa..
terdetik di hati..
ingin menukar suasana..
ingin bertukar rasa..
bertukar selera..
menjenguk hati2 yg jauh di mata..
Ya Allah...
semoga perjalanan ini penuh makna..
semoga perjalanan ini ada barakahnya...
semoga perjalanan ini Kau redhai
semoga perjalanan ini Kau berkati..

duhai hati yg senantiasa alpa..
kuatkan semangat menempuhi jalanNya..
jangan pernah kau berhenti mencari..
jangan pernah kau berhenti berlari...
kerna
di penghujungnya..
pasti kan kau temui..
sinar bahagia yg hakiki..

amin...


Friday, May 21, 2010

kenapa??


sy sgt sedih skarang..
sbb sy x mampu nk menghilangkan kesedihan insan2 yg sy sgt syg..
knape??
knape sy xmampu..?
Ya Allah..
kuatkan hati hambaMu ini...
kuatkan juge hati insan2 yg sedang Kau uji
..............................

Wednesday, May 19, 2010

lab oh lab =.="


sebenarnye x habis lagi kuyashii dgn jikken tadi..
hish..
knape la zureru sgt..?
Astaghfirullah...

xpe2 Chah..
next time cube lagi ye... ^^

ingat Chah...
Allah x bebankan seseorang itu melainkan dengan kesanggupannye..
gambaree~~


Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 
Surah Al-Baqarah,2:286

^^ moge ketemu lagi...